Pilihan Raya Umum Ke-15 yang akan berlangsung esok sudah terasa bahangnya. Seluruh rakyat Malaysia bakal mengundi bagi menentukan pakatan politik mana yang bakal memimpin negara ini untuk lima tahun akan datang.

Di tengah-tengah kekecohan PRU15 ini, netizen nampaknya lebih tertarik dengan seorang lelaki yang juga pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Melalui beberapa hantaran di Twitter, kelihatan pengguna maya berteka-teki mengenai lelaki yang sering hadir dan ada dengan Anwar Ibrahim sepanjang kempen PRU15.

Sebahagian pengguna maya juga berjenaka bahawa pengawal peribadi Anwar Ibrahim adalah jodoh mereka.

Selain itu, ada juga beberapa netizen yang menyamakan pengawal peribadi Anwar Ibrahim dengan pengawal peribadi MUDA, Syed Saddiq.

Setakat laporan ini ditulis, pengguna maya masih berteka teki siapakah pengawal peribadi Anwar Ibrahim tersebut. Sebahagian mereka mahu mengetahui adakah dia sudah berumur tangga atau berapakah umurnya.

Bagaimanapun, ditengah-tengah bahang pilihanraya yang semakin hampir ini, penguna maya mungkin berbeza pendapat dalam fahaman politik, namun mengambil sifat untuk sekepala dalam soal kecantikan.

Untuk rekod, Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim yang bakal bertanding di Parlimen Tambun bagi PRU15 bakal bertembung dengan penyandang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Dalam pengumumannya ketika berucap di Konvensyen PH, Anwar memaklumkan beliau memilih Parlimen Tambun kerana mahu menjadikan Perak sebagai negeri barisan hadapan bagi gabungan itu.

Selain itu, beliau juga mahu memastikan Perak dapat mengekori PH di Selangor dan Pulau Pinang yang berjaya mempertahan negeri itu dengan majoriti yang semakin mengukuh dalam beberapa PRU sebelum ini.