Bekas pemain tengah skuad kebangsaan Belgium, Radja Nainggolan dikhabarkan bakal beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia untuk mengharungi baki saingan musim 2023/2024.

Perkara ini dikongsikan oleh Indotransfer di laman media sosial X yang mana pemain berusia 35 tahun itu dikaitkan dengan pasukan yang dimiliki oleh polis Indonesia iaitu Bhayangkara FC.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Jendela perpindahan kedua bagi Liga 1 musim ini telah ditutup secara rasmi pada Selasa lalu dan proses perpindahan Nainggolan ke Bhayangkara mencetus tanda tanya di kalangan peminat bola sepak negara itu.

Radja Nainggolan sendiri mempunyai pertalian darah dengan Indonesia melalui bapanya yang berasal dari suku Batak yang terletak di kepulauan Sumatera. Beliau dibesarkan oleh ibunya yang berasal dari Belgium kerana bapanya meninggalkan beliau dan keluarga ketika masih kecil.

Sepanjang kariernya beraksi di Eropah, Nainggolan pernah beraksi dengan beberapa kelab besar seperti AS Roma, Inter Milan, Cagliari dan Royal Antwerp.

Meskipun menjadi antara pemain tengah ternama dalam saingan Seria A, namun Nainggolan tidak pernah dipanggil untuk beraksi bersama Belgium dalam temasya Piala Dunia.

Liga 1 tidak asing dengan pemain berprofil tinggi dimana sebelum ini beberapa kelab pernah membawa masuk pemain yang pernah beraksi dengan keab besar di Eropah.

Persib Bandung pernah membawa masuk Michael Essien dan Charlton Cole pada 2017 namun kedua-dua pemain hanya bertahan satu musim selepas gagal untuk menampilkan prestasi terbaik dalam liga.

Selain itu, Madura United pernah menandatangani Peter Odemwingie pada musim yang sama dimana pemain itu pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menyarung jersi Stoke City dan Cardiff City.