Pemain baharu Arsenal, Raheem Sterling yang dipinjamkan dari Chelsea sehingga hujung musim ini melaungkan keyakinan akan beraksi cemerlang buat The Gunners.

Melihatkan Sterling tiada dalam perancangan Enzo Maresca pada musim ini, Mikel Arteta bertindak pantas mengambil kesempatan untuk menyesuaikan pemain lincah ini dengan sistemnya.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Peluang itu mahu digunakan sepenuhnya oleh Sterling untuk mendapatkan kembali prestasi terbaiknya terutama seperti ketika menyarung jersi Manchester City.

“Percayalah, anda akan melihat yang terbaik daripada saya,” ujar Sterling menurut kenyataannya dalam video pengenalan pemain yang dimuatnaik oleh laman sosial rasmi Arsenal.

“Menyertai Arsenal sememangnya satu perasaan yang sukar untuk saya percayai. Saya sangat teruja. Saya ulangi… ini adalah tempat yang sempurna untuk saya!”

“Anda dapat melihat perjalanan yang dilalui oleh pasukan, mereka kelaparan (kejayaan) dan kesepaduan mereka adalah sesuatu yang saya sedia untuk menjadi sebahagian daripadanya.”

Pemain berusia 29 tahun itu datang ke Emirates Stadium dengan reputasi hebat selaku pemenang empat kejuaraan EPL dan lima trofi Piala Liga pernah dimenangi ketika bersama Manchester City.

Musim lalu, beliau telah membuat 31 penampilan dalam saingan liga hingga berjaya meledakkan 10 gol dan mencipta lapan bantuan jaringan.

Namun, kehadiran Maresca yang menggantikan pengendali terdahulu, Mauricio Pocehettino telah menutup terus peluang buat Raheem Sterling sekali gus merintis kepada perjalanannya ke Arsenal secara pinjaman tanpa pilihan pembelian secara tetap.

Sumber