Pengurus Raith Rovers, Barry Robson gembira dengan Richard Chin yang dipanggil bagi menyertai skuad Harimau Malaya.
Richard berada dalam senarai 29 pemain untuk menghadapi dua aksi persahabatan menentang Singapura dan Palestine.
Baca Juga:
- Richard Chin Berada Dalam Senarai 29 Pemain Dipanggil Skuad Harimau Malaya

- Peter Cklamovski Jelaskan Situasi Nacho Mendez Bersama Harimau Malaya

- Peter Cklamovski Penat Dengan ‘Tuduhan’ Ke Atas Pemain Warisan

Barry nyata gembira apabila pemainnya dipanggil untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.

Pandangan Pengurus Raith Rovers Mengenai Richard Chin
“Rakan sepasukan, peminat suka dengan dia (Richard). Dia bekerja keras dan mendengar setiap arahan dari jurulatih.
“Dia bertambah baik setiap hari dan ketika ini, dia merupakan salah seorang pemain paling berbahaya untuk kami apabila dimasukkan sebagai pemain gantian.

“Masih ada beberapa hal yang kita perlu tambah baik dan jadikan Richard sebagai pemain yang bagus, tapi kredit untuknya kerana dipanggil oleh skuad kebangsaan,” katanya.
Pasukan negara akan meentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 4 September ini.

Seterusnya, skuad kendalian Peter Cklamovski akan turun menentang Palestine di Stadium Sultan Ibrahim pada 8 September.
Skuad Harimau Malaya akan menjalani latihan berpusat di Kuala Lumpur dari 1 hingga 3 September 2025 sebagai persiapan.