Kemas kini ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi minggu ke-32 menyaksikan pemain perseorangan lelaki, Justin Hoh berada di kedudukan terbaik dalam kariernya.
Kemaraan ke pentas final Terbuka Macau 2025 membolehkan pemain kelahiran Kuala Lumpur itu melonjak lapan anak tangga untuk berada di kedudukan ke-37 dalam ranking dunia.
Baca Juga:
- Wan Arif-Yap Roy King Kejutkan Pilihan Pertama Dari Indonesia, Muncul Juara Terbuka Macau 2025

- Ini Ranking Dunia Terkini Pemain Badminton Malaysia (Minggu Ke-31, 29 Julai 2025)

- Saranan Mendiang Bapa Rintis Karier Gemilang Rexy Mainaky Takluk Dunia Badminton

Kedudukan itu menjadikan Justin pada ketika ini merupakan pemain perseorangan kedua negara selepas Lee Zii Jia terus tergelincir ke tangga ke-52.

Juara beregu lelaki Terbuka Macau, Wan Arif Junaidi-Yap Roy King pula naik dua anak tangga untuk menghuni ranking dunia ke-22.
Perkembangan tersebut sekali gus membolehkan mereka merampas kembali kedudukan pasangan keempat negara daripada Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong yang turun satu anak tangga.

Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri yang mara ke suku akhir turut mencatatkan peningkatan dalam ranking dunia mereka dengan melonjak sembilan anak tangga.
Manakala pasangan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing pula terus melonjakkan kedudukan mereka untuk berada tangga ke-18 dengan peningkatan dua anak tangga.
Bagi sektor beregu campuran, Jimmy Wong-Lai Pei Jing mencatatkan peningkatan 43 anak tangga hasil kejayaan mara ke perlawanan akhir Terbuka Macau.
Berikut merupakan senarai ranking dunia BWF melibatkan pemain badminton negara (10 terbaik):
Ranking Dunia BWF Minggu Ke-32, 5 Ogos 2025
Perseorangan Lelaki
1) Leong Jun Hao – 25 (-1)
2) Justin Hoh – 37 (+8)
3) Aidil Sholeh Ali Sadikin – 42 (+1)
4) Lee Zii Jia – 52 (-17)
5) Cheam June Wei – 68
6) Kok Jing Hong – 75 (-3)
7) Eogene Ewe – 78
8) Tan Jia Jie – 83 (-1)
9) Ong Zhen Yi – 101 (+1)
10) Lim Ming Hong – 129 (-5)
Perseorangan Wanita
1) K. Letshanaa – 40 (+1)
2) Goh Jin Wei – 50 (-3)
3) Wong Ling Ching – 73
4) S. Kisona – 83
5) Siti Zulaikha – 122 (+1)
6) Loh Zhi Wei – 127 (+1)
7) Ler Qi Eng – 186 (+1)
8) Oo Shan Zi – 192 (+2)
9) Ong Xin Yee – 229 (+3)
10) Ung Yi Xing – 266 (+3)
Beregu Lelaki
1) Aaron Chia-Soh Wooi Yik – 2
2) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani – 3 (+1)
3) Man Wei Chong-Tee Kai Wun – 7
4) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King – 22 (+2)
5) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong – 24 (-1)
6) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi – 29
7) Choong Hon Jian-Haikal Nazri – 43 (+9)
8) Low Hang Yee-Ng Eng Cheong – 45 (-1)
9) Kang Khai Xing-Aaron Tai – 58 (+3)
9) Lim Tze Jian-Wong Tien Ci – 60 (+2)
Beregu Wanita
1) Pearly Tan-M. Thinaah – 2
2) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing – 18 (+2)
3) Ong Xin Yee-Carmen Ting – 33
4) Lee Zhi Qing-Tio Sue Xin – 98
5) Cheng Su Hui-Lee Xin Jie – 122 (+4)
6) Vivian Hoo-Lim Chiew Sien – 128 (+4)
7) Cheng Su Hui-Tan Zhing Yi – 158 (+66)
8) Low Zi Yu-Dania Sofea – 170 (+41)
9) Ng Qi Yuan-Yap Rui Chen – 172
10) Chan Wen Tse-Chong Jie Yu – 201 (+2)
Beregu Campuran
1) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei – 4 (-1)
2) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie – 6 (+2)
3) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin – 16
4) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien – 32
5) Tan Kian Meng-Lai Pei Jing – 65
6) Jimmy Wong-Lai Pei Jing – 84 (+43)
7) Loo Bing Kun-Ho Lo Ee – 90 (-5)
8) Ashraf Daniel Md Zakaria-Lim Xuan – 92 (+2)
9) Yap Roy King-Valeree Siow – 111
10) Wee Yee Hern-Vannee Gobi – 115 (-1)