Kemas kini ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi minggu ke-29 menyaksikan tidak banyak perubahan kerana tiada pertandingan dihadapi pemain-pemain utama.

Walaupun begitu terdapat peningkatan terutamanya melibatkan pemain-pemain dalam senarai 10 pemain terbaik Malaysia bagi setiap sektor.

Baca Juga:

Aidil Sholeh Ali Sadikin, Kok Jing Hong, Tan Jia Jie, Ong Zhen Yi dan Lim Ming Hong mencatatkan sedikit peningkatan bagi perseorangan lelaki.

Keadaan yang membuatkan Aidil Sholeh kini mengatasi Justin Hoh untuk berada di kedudukan pemain ketiga terbaik negara.

Enam pemain bagi perseorangan wanita juga menyaksikan peningkatan manakala pasangan beregu lelaki, Kang Khai Xing-Aaron Tai serta Lim Tze Jian-Wong Tien Ci turut menunjukkan peningkatan dalam ranking dunia mereka.

Ranking Dunia
Kok Jing Hong. Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Berikut merupakan senarai ranking dunia BWF melibatkan pemain badminton negara (10 terbaik):

Ranking Dunia BWF Minggu Ke-29, 15 Julai 2025

Perseorangan Lelaki

1) Leong Jun Hao – 24

2) Lee Zii Jia – 27

3) Aidil Sholeh Ali Sadikin – 46 (+1)

3) Justin Hoh – 48 (-5)

5) Cheam June Wei – 68

6) Kok Jing Hong – 77 (+2)

7) Tan Jia Jie – 81 (+1)

8) Eogene Ewe – 87

9) Ong Zhen Yi – 101 (+2)

10) Lim Ming Hong – 133 (+1)

Perseorangan Wanita

1) K. Letshanaa – 40

2) Goh Jin Wei – 43

3) Wong Ling Ching – 77

3) S. Kisona – 84

5) Loh Zhi Wei – 128 (+3)

6) Siti Zulaikha – 132 (+3)

7) Ler Qi Eng – 186 (+4)

8) Oo Shan Zi – 193 (+3)

9) Ong Xin Yee – 231 (+2)

10) Ung Yi Xing – 261 (+3)

Ranking Dunia
Kang Khai Xing-Aaron Tai. Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Beregu Lelaki

1) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani – 1

2) Aaron Chia-Soh Wooi Yik – 2

3) Man Wei Chong-Tee Kai Wun – 7

4) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King – 23

5) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong – 26

6) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi – 30

7) Low Hang Yee-Ng Eng Cheong – 39

8) Choong Hon Jian-Haikal Nazri – 47

9) Kang Khai Xing-Aaron Tai – 61 (+1)

10) Lim Tze Jian-Wong Tien Ci – 62 (+2)

Beregu Wanita

1) Pearly Tan-M. Thinaah – 3

2) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing – 22

3) Ong Xin Yee-Carmen Ting – 42

4) Lee Zhi Qing-Tio Sue Xin – 98 (+1)

5) Cheng Su Hui-Lee Xin Jie – 125

6) Vivian Hoo-Lim Chiew Sien – 132

7) Ng Qi Yuan-Yap Rui Chen – 173 (+1)

8) Chan Wen Tse-Chong Jie Yu – 205 (+2)

9) Low Zi Yu-Dania Sofea – 213 (+1)

10) Cheng Su Hui-Tan Zhing Yi – 227 (+2)

Ranking Dunia
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei. Kredit Foto: Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

Beregu Campuran

1) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei – 4

2) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie – 6

3) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin – 13

4) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien – 34

5) Tan Kian Meng-Lai Pei Jing – 39 (+1)

6) Loo Bing Kun-Ho Lo Ee – 88

7) Yap Roy King-Valeree Siow – 91

8) Ashraf Daniel Md Zakaria-Lim Xuan – 96 (-4)

9) Wee Yee Hern-Vannee Gobi – 117 (-1)

10) Jimmy Wong-Lai Pei Jing – 126 (-1)