Selepas berehat hampir sebulan, barisan pemain badminton Malaysia akan beraksi di Tokyo untuk menghadapi Kejohanan Terbuka Jepun 2025 bermula 15 Julai nanti.

Kejohanan ini menyaksikan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bakal turun selaku juara bertahan selepas menundukkan pasangan Korea Selatan, Seo Seung-jae-Kang Min-hyuk di perlawanan akhir.

Baca Juga:

Terbuka Jepun yang bakal diadakan di Tokyo Metropolitan Gymnasium itu merupakan kejohanan berstatus Super 750 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Dengan status paling berprestij itu, ia pasti menarik kehadiran pemain-pemain terbaik dunia dalam usaha merebut kejuaraan.

Badminton Malaysia
Kecemerlangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik harap dapat diteruskan. Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Seperti yang diketahui pencinta badminton negara apabila Lee Zii Jia terpaksa menarik diri selepas kecederaan dialaminya ketika All England tempoh hari masih belum pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun, kesemua pemain utama Malaysia bebas daripada sebarang kecederaan untuk turun beraksi dalam usaha memburu kejuaraan.

Berikut merupakan senarai penuh barisan pemain badminton Malaysia yang menyertai kejohanan Terbuka Jepun 2025:

Pemain Badminton Malaysia Di Terbuka Jepun 2025

Perseorangan Lelaki

1) Leong Jun Hao

Badminton Malaysia
Leong Jun Hao jadi wakil tunggal dalam perseorangan lelaki. Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Beregu Lelaki

2) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

3) Aaron Chia-Soh Wooi Yik

4) Man Wei Chong-Tee Kai Wun

5) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong

6) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King

7) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi

Beregu Wanita

8) Pearly Tan-M. Thinaah

9) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing

10) Ong Xin Yee-Carmen Ting

Beregu Campuran 

11) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei

12) Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai

13) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin

14) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien