Kisah Raul Jimenes menjaringkan gol pada aksi pembukaan Piala Dunia 2026, di hadapan peminat Mexico sendiri di Azteca, lebih daripada sekadar gol.
Bola sepak kadangkala penuh dengan kisah dan cerita yang luar biasa, membuatkan sukan ini disukai ramai.
Raul Jimenez menitiskan air matanya ketika meraikan golnya di hadapan penyokong El Tri. Kerana dia tidak pernah menyangka yang dia akan bermain di Piala Dunia bersama negaranya di stadium keramat mereka.
Hampir meninggal dunia
Raul Jimenez pernah berada di titik paling gelap dalam kariernya pada tahun 2020 Ketika mewakili Wolverhampton Wanderers.
Pada aksi menentang Arsenal dia mengalami kecederaan serius apabila bertembung dengan David Luiz sehingga mengakibatkan retakan pada tengkorak.
Se qualcuno si chiedesse come mai Jimenez giochi con quella protezione anomala, nel 2020 in Arsenal-Wolverhampton si è letteralmente spaccato il cranio in uno scontro con David Luiz. Per molto tempo ha giocato con una protezione visibile. #Mondiali pic.twitter.com/XoCpnc8UVM
— Nicholas David Altea (@NicholasD_Altea) June 11, 2026
Kecederaan yang hampir sahaja meragut nyawanya pada ketika itu.
Insiden itu bukan sahaja menamatkan musimnya malah menimbulkan persoalan besar sama ada beliau mampu kembali bermain bola sepak profesional.
Ketika itu prospek untuk kembali ke padang kelihatan tipis Banyak laporan menyebut peluangnya untuk meneruskan karier berada dalam keadaan yang sangat meragukan Namun Jimenez memilih untuk berjuang demi sukan yang dia cintai.
Selepas menjalani pembedahan dan pemulihan intensif termasuk sokongan perubatan berteknologi tinggi beliau mula kembali secara perlahan-lahan.
Raul Jimenez kemudian menggunakan pelindung kepala khas sebagai langkah keselamatan tambahan ketika kembali beraksi
Hampir 336 hari selepas insiden ngeri itu Jimenez akhirnya kembali menemui sentuhan jaringan apabila menjaringkan gol pertamanya selepas pemulihan.
Detik itu menjadi simbol kebangkitan yang menyentuh hati peminat bola sepak seluruh dunia
Masuk tahun 2026 kisah luar biasa Raul Jimenez menjadi lebih gila dan lebih indah.
Ini apabila Jimenez kembali mencipta impak di pentas terbesar dunia apabila menjaringkan gol untuk Mexico dalam aksi pembukaan Piala Dunia Lebih bermakna ia berlaku di Stadium Azteca gelanggang keramat bola sepak Mexico yang sarat dengan sejarah dan emosi.
As Raul Jimenez wheeled away, sprinting to the corner and into his wildest dreams, the tears appeared in his eyes. A World Cup goal always means something. A World Cup goal in front of 80,000-odd of your compatriots is even more special.
For Jimenez, though, there were added… pic.twitter.com/oZjI8HbSqg
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) June 11, 2026
Daripada seorang pemain yang pernah bertarung antara hidup dan mati kini beliau berdiri sebagai penjaring gol di pentas paling berprestij dalam dunia bola sepak
Kisah Raul Jimenez bukan sekadar tentang comeback Ia adalah tentang ketabahan keberanian dan keyakinan bahawa selagi ada peluang keajaiban masih boleh berlaku di atas padang
Dan hari ini dunia bola sepak menjadikannya inspirasi.