Pada Isnin lalu, koleksi kolaborasi khas Starbucks dan BlackPink telah menjadi fenomena apabila ramai peminat BlackPink berpusu-pusu mendapatkan koleksi terbabit.
Dapat dilihat di media sosial, para peminat BlackPink telah beratur seawal 6 pagi di depan cawangan Starbucks semata-mata mahu menjadi yang terawal mendapatkan koleksi tersebut.
Baca Juga:
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
@tolovebeloved Nooooo!! I didnt come here early to get nothinggggg. The stock so limited at this drive-thru ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ #starbucksblackpink #starbucksmalaysia #malaysiablink #blackpink
@fikrybakri demi seketul tumbler starbuckðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ , tak tido seharian esok kerja ni masing2🥹 #blackpinkxstarbucks #malaysiastarbuck #fyp #tumblerblackpink
@shafiqmusa2 Bila nampak dia decor terpaling happy la .. esok nak berperang ni . sabar jap . #starbucksblackpink #viral #Malaysia #tiktokmalaysia #fypmalaysia #fypã‚·
Akan tetapi, ada juga yang berasa hampa kerana boleh dikatakan banyak barangan ‘sold out’ dalam masa beberapa minit ia mula dijual.
Susulan itu, ada individu yang mengambil kesempatan untuk menjual barangan koleksi istimewa BlackPink tersebut dengan harga yang mahal.
Menerusi hasil tinjauan kami di laman Carousell, tumbler koleksi khas BlackPink dijual sehingga RM1,500 sedangkan harga tumbler paling mahal dijual hanyalah RM478.
Akan tetapi, tidak dapat dipastikan sama ada barangan yang diiklankan itu sudah terjual ataupun belum. Pastinya, peminat BlackPink yang betul-betul mahukan barangan tersebut akan beli juga walaupun terpaksa beli dengan harga mahal.