Richard Chin menegaskan salah satu matlamat beliau dalam kariernya ialah beraksi bersama skuad kebangsaan Malaysia.

Richard baru sahajan melengkapkan perpindahan ke Raith Rovers FC, sebuah kelab yang beraksi dalam saingan divisyen kedua Liga Scotland.

Baca Juga:

Dalam wawancara bersama kelab barunya, Richard menegaskan beliau masih meletakkan harapan untuk beraksi bersama Malaysia.

Richard Chin
Richard

Richard Chin Masih Berharap

“Salah satu matlamat saya ialah beraksi bersama Malaysia. Saya harap langkah ini boleh membantu saya.

“Saya harap mendapat panggilan dengan beraksi di sini. Paling penting ialah untuk kekal fokus ketika latihan,” katanya.

Richard sebelum ini beraksi dalam saingan National League South (divisyen enam England) bersama Farnborough FC.

Richard Chin
Sumber Gambar: Rock Sport Management

Pada November 2023, Chin pernah menyertai sesi latihan skuad B-23 Tahun negara selepas mendapat pasport Malaysia.

Ketika menyertai kem latihan pusat, Chin bertekad untuk belajar bahasa melayu untuk memastikan beliau dapat berkomunikasi dengan baik.

“Rakan sepasukan menyambut saya dengan baik ketika sesi latihan.

“Saya akan berusaha sedaya upaya untuk belajar bahasa melayu untuk memudahkan komunikasi di atas padang,” ujarnya.