Pemilik kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berkenan mendermakan rumput jenis hibrid untuk ditanam di padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Menurut kenyataan rasmi Johor Southern Tigers (JST), rumput hibrid lebih sesuai ditanam di SNBJ berdasarkan hasil kaji selidik yang dijalankan oleh JDT.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Kad Kredit Bahaya? Mari Ambil Tahu Tentang Kelebihan Dan Keburukannya
“Hasil kaji selidik yang dijalankan di padang Stadium Nasional Bukit Jalil telah menunjukkan bahawa rumput hibrid lebih memenuhi keperluan stadium pelbagai guna kerana ketahanan dan fleksibilitinya sesuai untuk acara sukan serta bukan sukan.
“Berdasarkan hasil kaji selidik tersebut dan kejayaan penyelidikan yang dijalankan oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim di Larkin, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor akan mendermakan rumput jenis hibrid yang sedang ditanam di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos kepada Stadium Nasional,” kata kenyataan rasmi.
The post-mortem conducted on the Bukit Jalil National Stadium pitch has highlighted that a hybrid pitch will better serve the demands of a multi-purpose stadium as its durability and flexibility caters for both sporting and non-sporting events.
In view of this and the successful… pic.twitter.com/8fVtTCoG6N
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 16, 2024
Inisiatif itu dititahkan oleh Baginda selepas mengadakan pertemuan bersama YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan serta YBhg Datuk Seri Windsor John, Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini, 16 April 2024.
Rumput Zeon Zoysia yang didermakan oleh TMJ kepada SNBJ sebelum ini akan dibuka dan dipasang di padang Majlis Sukan Negara, KL Sports City.
Padang tersebut sering digunakan oleh Sekolah Sukan Bukit Jalil dan pasukan-pasukan bola sepak negara.
Padang jenis Hybrid ini adalah gabungan penggunaan rumput asli dan juga rumput sintetik pada kadar ratio yang sama untuk memaksimakan kelebihan masing-masing.
Rumput jenis ini juga sebenarnya dikenali dengan banyak nama seperti Xtragrass atau pun ‘Reinforce Natural Grass’ dan telah banyak digunakan di negara-negara eropah.
Antara kelebihan menggunakan rumput Hybrid berbanding rumput asli atau rumput sintetik ialah:
- Mempunyai kondisi yang sama seperti rumput asli 100%
- Mempercepatkan proses pemulihan rumput asli yang rosak dengan lebih cepat.
- Padang lebih tahan lasak 3 kali ganda
- Mengurangkan kos penyelenggaraan dalam tempah jangka masa panjang sehingga 70%.
- Ketahanan yang lebih tinggi terhadap perubahan suhu terutama bagi negara 4 musim.