Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) telah dipilih sebagai gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya bagi kempen Piala AFF 2024 yang bakal membuka tirainya bulan depan.
Perkembangan itu disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman menerusi laporan Berita Harian sekaligus menamatkan sebarang spekulasi penggunaan venue di luar Lembah Klang.
Baca Juga:
- Tanpa Ultras Malaya, SNBJ Ibarat ‘Sepi Kayak Kuburan’
- Kim Pan-gon Enggan Komen Mengenai Padang SNBJ
- Legenda Manchester United Puji Padang SNBJ
Sebelum ini permukaan padang SNBJ telah diuji dengan penganjuran tiga konsert mega pada bulan lepas. Satu lagi konsert melibatkan artis dari China bakal berlangsung pada 23 November ini.
Situasi itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan sama ada padang sudah cukup bersedia untuk aksi Piala AFF 2024 menentang Timor Leste bulan depan.
Berdasarkan rekod penganjuran konsert yang dihadiri puluhan ribu peminat, sudah tentu permukaan padang SNBJ berpotensi rosak dan mengulangi ‘tragedi’ di mana padang terkopak yang pernah berlaku seperti sebelum ini.
Namun, seorang pekerja di SNBJ mendedahkan permukaan padang yang menggunakan rumput Zeon Zoysia itu akan ditutup dengan alas yang dikenali sebagai ‘teraplas’ dan mereka memiliki Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk memastikan ia tidak ‘dihenyak’ dengan penganjuran konsert mega.
Penjaga padang yang dikenali sebagai Fendy itu sempat memuat naik keadaan terkini menerusi laman TikTok dan menjelaskan beliau memberi fokus kepada kekuatan akar supaya tidak mudah terkopak ketika hari perlawanan.
@f3ndy76
@f3ndy76
Fendy yang memulakan tugasnya pada 1 Oktober lalu menegaskan hari perlawanan akan menentukan keadaan sebenar padang selepas dijaga dengan baik oleh pasukannya termasuk memperbaiki permukaan sudut yang botak.
“Kita dah turfing dan kita focus pada kekuatan akar dan density. Apa yang saya tunjukan adalah progress. Ini macam ujian bulanan, game nanti kita macam SPM la, masa tu baru kita tahu,” tulisnya di ruang komen ketika menjawab pertanyaan warga maya.
@f3ndy76
Bagi saingan Piala ASEAN yang sebelum ini kenali sebagai Piala AFF, Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan A bersama juara bertahan, Thailand, Singapura, Kemboja dan Timor Leste.
Skuad kendalian Pau Marti Vicente itu terlebih dahulu akan beraksi di gelanggang lawan menentang Kemboja, 8 Disember ini sebelum menanti Timor Leste di Bukit Jalil, 11 Disember.
Skuad negara seterusnya akan berdepan Thailand di Bangkok (14 Disember) dan aksi terakhir peringkat kumpulan melayan kunjungan Singapura di Bukit Jalil (20 Disember).
Dua pasukan teratas kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir yang akan berlangsung secara timbal balik.