Siapa sahaja tidak teruja melihat artis pujaan di depan mata? Pasti para peminat mahu merebut peluang beri hadiah atau cendera mata untuk diingati lebih-lebih kepada artis luar negara.

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok memuat naik video memperlihatkan dia berjaya menemui pelakon dari Thailand di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Joong, saya nak beri wang kepada awak sebagai duit raya,” katanya kepada pelakon lelaki itu.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah reaksi pelakon lelaki itu yang menolak pemberian duit raya oleh seorang peminat tempatan.

“Saya sudah kaya,” komen ringkas oleh artis Thailand itu sambil melambai kepada peminat tempatan yang berusaha mahu memberi duit raya kepadanya.

@horangyeon

nak bagi duit raya dekat joong tapi dia kata dah kaya 💰💲💳#joongarchen #YSLxJOONGinMY #จุงอาเชน #chen_rcj #joonginkl #joonginmalaysia #saintlaurentxjoong #joongdunk #gmmtv #thailand

♬ เสียงต้นฉบับ – ครูศรีหนุ่ม the comedian c17 – ครูศรีหนุ่ม

Video berdurasi pendek itu telah meraih perhatian netizen yang mana rata-ratanya terhibur melihat respons santai yang dilakukan oleh artis tersebut.

‘Saya Dah Kaya’ - Pelakon Thailand Tolak Duit Raya Dari Peminat Buat Netizen Terhibur
Sumber Gambar: TikTok horangyeon
‘Saya Dah Kaya’ - Pelakon Thailand Tolak Duit Raya Dari Peminat Buat Netizen Terhibur
Sumber Gambar: TikTok horangyeon

Ramai turut berseloroh mengatakan memang wajar ditolak dan sepatutnya pelakon lelaki itu yang memberikan duit raya kepada peminat.