Penyanyi lagenda, Datuk Hattan dalam satu kenyataan telah mengumumkan hasratnya mahu bersara daripada nyanyian pada Jun depan.
Menerusi laporan, Hattan berkata dia sudah lama memikirkan mengenai perkara itu dan ini masa terbaik untuk melakukannya.
Baca Juga:
- Gaji Cukup-Cukup Makan? Ini 5 Idea Untuk Anda Cari Duit Tepi
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
“Saya akan bersara pada bulan enam (Jun). Jadi, saya punya dream (impian) dulu masa mula terbabit dalam industri ini, saya belajar dengan Datuk M Nasir.
“Dan saya bersara atas pentas selepas dapat beraksi bersama Datuk M (M Nasir). Itu impian saya dan baru sekarang saya beritahu.
“Saya tak merajuk. Saya dah penat. Jadi kena rileks (berehat). Saya dah lama rancang. Bukan bersara macam mana, tapi tak nak terbabit dalam konsert besar.
“Saya dah sampai apa yang saya nak, bagilah orang lain pula. Saya dah sepentas dengan ‘sifu’ saya. Saya dah buat konsert saya. Jadi apa lagi yang saya nak capai.” ujarnya.
Menurutnya, dia tidak merajuk sebaliknya mahu berehat dan akan bersara selepas menjayakan sebuah konsert pada Jun depan. Tambahnya, perbincangan untuk konsert masih berjalan.
Untuk makluman, Hattan dan M Nasir akan menjayakan Konsert Sifu & Aku yang akan berlangsung di Sabah International Convention Center (SICC) pada 3 Februari ini.