Seorang pemilik superbike mencuri tumpuan netizen apabila mengusik sekumpulan geng motosikal kapcai yang berada di sebuah stesen minyak.
Dalam satu video yang dimuat naik TikTok @nrlutfy ada merakam situasi di mana geng motosikal kapcai yang sedang berkumpul di stesen minyak sambil memulas throttle untuk menguji ekzos masing-masing.
Baca Juga:
- Gaji Cukup-Cukup Makan? Ini 5 Idea Untuk Anda Cari Duit Tepi
- Perlu Ke Ambil ‘Personal Insurance’ Jika Tempat Kerja Sudah Sediakan?
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
Tidak lama kemudian, seorang pemilik superbike Honda CBR 1000RR membuatkan semua geng motosikal kapcai terdiam, apabila dia memulas throttle motosikal berkuasa hampir 1,000cc itu.
https://www.tiktok.com/@nrlutfy/video/7243909344281038081
Semua mata memandang superbike ‘Rabbit’ itu dan geng motosikal kapcai membalas semula dengan membunyikan hon sebagai tanda ‘menghormati’ betapa berkuasanya motosikal tersebut.
Rata-rata netizen terhibur melihat tindakan pemilik superbike itu mengusik ‘adik-adik’ yang lain. Daripada stesen minyak itu bising dengan bunyi ‘rem’ motosikal kapcai, terus jadi senyap-sunyi umpama pengetua ronda satu sekolah.
Nyata orang ramai lagi, bunyi ‘rem’ motosikal berkuasa tinggi jauh lebih sedap didengari berbanding motosikal kapcai yang modified paip ekzos, namun bunyinya membingitkan telinga.