Selangor FC (SFC) mengambil langkah drastik apabila mengupah beberapa ‘bodyguard’ (pengawal peribadi) untuk menjaga keselamatan pemain dan pegawai tertentu dalam skuad Gergasi Merah.

Perkembangan itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Dr Johan Kamal Hamidon selepas tonggak utama mereka, Faisal Halim terkena simbahan asid sehingga melecur tahap empat baru-baru ini.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Memetik laporan Arena Metro, kawalan keselamatan dipertingkatkan setiap kali pasukan itu terlibat dalam perlawanan Liga Malaysia untuk mengelakkan daripada didekati individu yang tidak dikenali.

“Aksi menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC menyaksikan pertambahan anggota Polis kepada 150 orang manakala 100 marshal mengawal keselamatan perlawanan itu.

“Kawalan kepada pemain juga lebih ketat dan mereka tidak boleh balik sendiri iaitu kena naik bas. Jika dahulu, mereka boleh balik dengan keluarga masing-masing selepas perlawanan namun sekarang ini tidak dibenarkan.

“Pada masa sama, kita juga ada mengupah pengawal peribadi yang akan menjaga individu tertentu dalam pasukan. Perkara sama juga dilakukan terhadap keluarga Faisal,” kata Dr Johan.

Selepas tamat perlawanan, para pemain Selangor juga tidak dibenarkan bertemu penyokong yang menunggu di luar stadium dan mereka perlu menaiki bas dengan segera demi keselamatan diri.

Perkhidmatan ‘Bodyguard’ sering digunakan oleh pemain bola sepak di luar negara seperti Sadio Mane, Lionel Messi, Ronaldo dan Neymar.

Pemain sudah tentu tidak mempunyai masalah dari segi kewangan untuk mengupah pengawal peribadi kerana mereka menerima pendapatan yang tinggi.