Bakat luar biasa tidak mengenal usia. Dalam sejarah Piala Dunia, beberapa pemain muda membuktikan perkara itu apabila berjaya menjaringkan gol sebelum mencecah usia 20 tahun dan meninggalkan impak besar di pentas antarabangsa.

Malah, ada antara mereka yang masih berstatus remaja ketika mencipta detik bersejarah tersebut.

Beraksi di hadapan jutaan peminat dari seluruh dunia tidak menghalang mereka daripada mempamerkan keberanian, keyakinan dan kualiti yang luar biasa untuk menembusi gawang lawan.

Sebahagian daripada nama dalam senarai ini kemudian muncul sebagai legenda bola sepak dunia, manakala ada juga yang dikenang kerana rekod luar biasa yang masih kekal hingga ke hari ini.

Berikut adalah senarai penjaring termuda dalam sejarah Piala Dunia menurut sumber dikeluarkan FIFA:

Penjaring Termuda Piala Dunia

1) Pele (Brazil) – 17 tahun & 239 hari (Suku Akhir Piala Dunia 1958)

2) Manuel Rosas (Mexico) – 18 tahun & 93 hari (Peringkat Kumpulan Piala Dunia 1930)

3) Gavi (Sepanyol) – 18 tahun & 110 hari (Peringkat Kumpulan Piala Dunia 2022)

4) Ibrahim Mbaye (Senegal) – 18 tahun & 143 hari (Peringkat Kumpulan Piala Dunia 2026)

5) Michael Owen (England) – 18 tahun & 190 hari (Peringkat Kumpulan Piala Dunia 1998)

6) Nicolae Kovacs (Romania) – 18 tahun & 197 hari (Peringkat Kumpulan Piala Dunia 1930)

7) Dmitri Sychev (Rusia) – 18 tahun & 231 hari (Peringkat Kumpulan Piala Dunia 2002)

8) Kerim Alajbegovic (Bosnia) – 18 tahun & 276 hari (Peringkat Kumpulan Piala Dunia 2026)

9) Lamine Yamal (Sepanyol) – 18 tahun & 343 hari (Peringkat Kumpulan Piala Dunia 2026)

10) Lionel Messi (Argentina) – 18 tahun & 357 hari (Peringkat Kumpulan Piala Dunia 2006)

11) Julian Green (Amerika Syarikat) – 19 tahun & 25 hari (Pusingan 16 Piala Dunia 2014)

12) Divock Origi (Belgium) – 19 tahun & 65 hari (Peringkat Kumpulan Piala Dunia 2014)

13) Martin Hoffmann (Jerman Timur) – 19 tahun & 88 hari (Peringkat Kumpulan Piala Dunia 1974)

14) Jude Bellingham (England) – 19 tahun & 145 hari (Peringkat Kumpulan Piala Dunia 2022)

15) Tostao (Brazil) – 19 tahun & 171 hari (Peringkat Kumpulan Piala Dunia 1966)

16) Kylian Mbappe – 19 tahun & 183 hari (Peringkat Kumpulan Piala Dunia 2018)

17) Edmund Conen (Jerman) – 19 tahun & 198 hari (Pusingan 16 Piala Dunia 1934)

18) Moussa Wague (Senegal) – 19 tahun & 263 hari (Peringkat Kumpulan Piala Dunia 2018)

19) Mazzola (Brazil) – 19 tahun & 288 hari ( (Peringkat Kumpulan Piala Dunia 1958)

20) Ronald Gonzalez (Costa Rica) – 19 tahun & 319 hari (Pusingan 16 Piala Dunia 1990)

Sumber