Berakhirnya pusingan kelayakan menyaksikan senarai lengkap 36 pasukan yang bakal bersaing dalam UEFA Champions League (UCL 2026/27) sudah pun terjawab.
England dan Sepanyol menjadi negara yang mempunyai wakil paling banyak dalam kejohanan kali ini apabila disertai lima pasukan.
Arsenal, Manchester City, Manchester United, Liverpool dan Aston Villa menjadi wakil England manakala Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid, Villarreal dan Real Betis mewakili Sepanyol.
Pada edisi kali ini terdapat empat kelab yang bakal membuat penampilan pertama dalam sejarah UCL.
Pasukan yang dimaksudkan ialah Como (Itali), Sabah (Azerbaijan), Viking FK (Norway) dan LASK dari Austria.
LASK paling mencuri tumpuan apabila membelasah gergasi Scotland, Celtic 5-1 pada aksi kedua pusingan kelayakan untuk mara dengan agregat 5-4.
Paris Saint-Germain (PSG) pastinya mahu menjadikan UCL 2026/27 sebagai kejuaraan ketiga berturut-turut dimenangi oleh mereka selepas melakukannya pada dua edisi sebelum ini.
Berikut merupakan senarai penuh pasukan yang akan bertanding dalam UCL 2026/27 berdasarkan pot (balang) masing-masing:
UCL 2026/27
Pot 1
2) Bayern Munich
3) Real Madrid
4) Liverpool
5) Inter Milan
6) Manchester City
7) Arsenal
8) Barcelona
9) Atletico Madrid
Pot 2
1) Borussia Dortmund
2) AS Roma
3) Sporting CP
4) Aston Villa
5) Porto
6) Manchester United
7) Club Brugge
8) Real Betis
9) PSV Eindhoven
Pot 3
1) Feyenoord
2) Lille
3) Bodo/Glimt
4) SS Napoli
5) RB Leipzig
6) Villarreal
7) Fenerbahce
8) Shakhtar Donetsk
9) Galatasaray
Pot 4
1) Slavia Praha
2) Slovan Bratislava
3) VFB Stuttgart
4) AEK Athens
5) LASK
6) Como
7) Lens
8) Viking FK
9) Sabah