Berakhirnya aksi Iraq bertemu Arab Saudi malam tadi telah melengkapkan senarai 16 negara yang bakal beraksi dalam Piala Asia Futsal 2026 di Jakarta pada 27 Januari hingga 7 Februari tahun hadapan.
Iraq mara selaku juara kumpulan D selepas menundukkan Arab Saudi dengan keputusan 2-1.
Baca Juga:
- Bukan Sekadar Ke Piala Asia Futsal 2026: Inilah Blueprint Masa Depan Futsal Malaysia

- Malaysia Layak Ke Piala Asia Futsal 2026

- Senarai Akhir Skuad Malaysia Ke Kelayakan Piala Asia Futsal 2026

Keadaan itu bagaimanapun tidak langsung mengganggu Arab Saudi untuk turut sama layak ke saingan utama setelah berada di kedudukan kelima dalam senarai tujuh pasukan yang berada di kedudukan kedua kumpulan.
Dengan berakhirnya saingan kelayakan, Myanmar selaku pasukan tangga kedua kumpulan H terpaksa menelan hakikat gagal ke Jakarta apabila mereka hanya dipisahkan satu jaringan sahaja dengan Malaysia.
Andai disingkap kembali perjalanan Piala Asia Futsal sejak mula diperkenalkan pada 1999, Iran merupakan gergasi ulung dalam pentas ini dengan 13 kejuaraan dimenangi.
Selain dari Iran, hanya Jepun pernah menjulang kejuaraan tersebut iaitu sebanyak empat kali.
Sementara itu, Malaysia pula tidak pernah melepasi peringkat kumpulan dalam 12 penampilan mereka di pentas tertinggi Asia ini.
Berikut merupakan senarai penuh 16 pasukan yang akan beraksi dalam Piala Asia Futsal 2026:
Negara Bertanding Di Piala Asia Futsal 2026
1) Indonesia
2) Iran
3) Thailand
4) Jepun
5) Uzbekistan
6) Vietnam
7) Afghanistan
8) Iraq
9) Kuwait
10) Tajikistan
11) Arab Saudi
12) Krygyzstan
13) Australia
14) Lebanon
15) Korea Selatan
16) Malaysia