Selepas berehat hampir sebulan, barisan pemain badminton Malaysia akan beraksi di Tokyo untuk menghadapi Kejohanan Terbuka Jepun 2026 bermula 14 Julai nanti.

Terbuka Jepun yang bakal diadakan di Tokyo Metropolitan Gymnasium itu merupakan kejohanan berstatus Super 750 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Dengan status paling berprestij itu, ia pasti menarik kehadiran pemain-pemain terbaik dunia dalam usaha merebut kejuaraan.

Badminton Malaysia
Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Kem negara bakal menyandarkan kepada juara edisi 2024, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang masih segar dengan kejayaan mengungguli Terbuka Indonesia pada Jun lalu.

Langkah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang memecahkan dua gandingan utama negara menyaksikan Wooi Yik bakal berpasangan dengan Man Wei Chong.

Manakala Aaron Chia-Tee Kai Wun hanya diletakkan di senarai simpanan pada kejohanan ini dan akan mula bergandingan di Terbuka China pada minggu hadapan.

Berikut merupakan senarai penuh barisan pemain badminton Malaysia yang menyertai kejohanan Terbuka Jepun 2026:

Ranking Dunia
Kredit Foto: Jia Haocheng / Xinhua via AFP)

Pemain Badminton Malaysia Di Terbuka Jepun 2026

Perseorangan Lelaki

1) Leong Jun Hao

Perseorangan Wanita

2) K. Letshanaa

3) Wong Ling Ching

Beregu Lelaki

4) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

5) Man Wei Chong-Soh Wooi Yik

6) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King

7) Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong

8) Kang Khai Xing-Aaron Tai

9) Goh V Shem-Choi Sol Gyu (Korea Selatan)

Beregu Wanita

10) Pearly Tan-M. Thinaah

11) Ong Xin Yee-Carmen Ting

Beregu Campuran

12) Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai

13) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien

14) Jimmy Wong-Cheng Su Yin

15) Chen Tang Jie-Clarissa San