Skuad hoki Malaysia akan beraksi di pentas Piala Dunia Hoki 2026 bermula 15 hingga 30 Ogos nanti pada kejohanan yang bakal berlangsung di Wavre, Belgium dan Amstelveen, Belanda.

Skuad kendalian Brendan Carolan itu sudah terbang ke Belgium pada 3 Ogos lalu untuk menghadapi perlawanan persahabatan bertemu Sepanyol sebagai persediaan terakhir.

Seperti dilaporkan sebelum ini, Malaysia berdepan laluan getir selepas diundi bersama bekas juara, Jerman dan Belgium serta Perancis.

Hoki
Kredit Foto: Hockey India

Jerman memegang status selaku juara terbanyak Piala Dunia Hoki dengan tiga kejuaraan dimenangi.

Lebih menarik, gergasi hoki Eropah itu menewaskan Belgium pada aksi final saingan 2023 di Odisha, India. Jerman menang 5-4 menerusi penentuan pukulan ‘penalty shootout’ selepas aksi sebenar berkesudahan tanpa jaringan.

Belgium pula adalah tuan rumah bersama pada edisi kali ini dan pernah muncul sebagai juara edisi 2018 di Bhubaneswar, India.

Bagi mengharungi saingan kali ini, tidak banyak perubahan besar dapat dilakukan oleh Carolan dan perlu menyandarkan harapan kepada pemain-pemain berpengalaman seperti Marhan Jalil selaku ketua pasukan dan Faizal Saari di jentera serangan.

Berikut merupakan senarai penuh pemain Malaysia yang bakal beraksi di Piala Dunia Hoki 2026:

Senarai Pemain Malaysia Galas Tanggungjawab Di Piala Dunia Hoki 2026
Kredit Foto: Hockey India

20 Pemain Malaysia Di Piala Dunia Hoki 2026

Penjaga Gol

1) Hafizuddin Othman 

Penampilan Piala Dunia Kedua
150 Penampilan Antarabangsa
Nombor Jersi: 21

2) Zaimi Mat Deris 

Penampilan Piala Dunia Pertama
30 Penampilan Antarabangsa
Nombor Jersi: 16

Pertahanan

3) Marhan Jalil (Ketua Pasukan)

Penampilan Piala Dunia Keempat
356 Penampilan Antarabangsa
Nombor Jersi: 6

4) Syed Syafiq Syed Cholan 

Penampilan Piala Dunia Kedua
149 Penampilan Antarabangsa
Nombor Jersi: 1

5) Amirul Hamizan Azahar 

Penampilan Piala Dunia Kedua
86 Penampilan Antarabangsa
Nombor Jersi: 29

6) Aminuddin Mohd Zain 

Penampilan Piala Dunia Kedua
35 Penampilan Antarabangsa
Nombor Jersi: 32

7) Shafiq Hassan 

Penampilan Piala Dunia Pertama
61 Penampilan Antarabangsa
Nombor Jersi: 27

8) Faris Harizan

Penampilan Piala Dunia Pertama
43 Penampilan Antarabangsa
Nombor Jersi: 30

Tengah

9) Faiz Helmi Jali

Penampilan Piala Dunia Keempat
273 Penampilan Antarabangsa
Nombor Jersi: 18

10) Fitri Saari

Penampilan Piala Dunia Ketiga
228 Penampilan Antarabangsa
Nombor Jersi: 7

11) Norsyafiq Sumantri

Penampilan Piala Dunia Ketiga
149 Penampilan Antarabangsa
Nombor Jersi: 22

12) Nik Aiman Nik Rozemi

Penampilan Piala Dunia Kedua
197 Penampilan Antarabangsa
Nombor Jersi: 24

13) Muhajir Abdu Rauf

Penampilan Piala Dunia Pertama
71 Penampilan Antarabangsa
Nombor Jersi: 26

14) Andywalfian Jefrynus

Penampilan Piala Dunia Pertama
32 Penampilan Antarabangsa
Nombor Jersi: 35

15) Faizal Saari

Penampilan Piala Dunia Keempat
322 Penampilan Antarabangsa
Nombor Jersi: 10

16) Shello Silverius

Penampilan Piala Dunia Kedua
101 Penampilan Antarabangsa
Nombor Jersi: 15

17) Ashran Hamsani

Penampilan Piala Dunia Kedua
91 Penampilan Antarabangsa
Nombor Jersi: 20

18) Azrai Aizad Abu Kamal

Penampilan Piala Dunia Pertama
121 Penampilan Antarabangsa
Nombor Jersi: 23

19) Akhimullah Anuar Esook

Penampilan Piala Dunia Pertama
68 Penampilan Antarabangsa
Nombor Jersi: 11

20) Azimuddin Kamaruddin

Penampilan Piala Dunia Pertama
28 Penampilan Antarabangsa
Nombor Jersi: 31