Dua daripada enam wakil Malaysia mempamerkan aksi kemas untuk meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka China 2025.
Selepas melihat Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing tewas kepada lawan masing-masing, Pearly Tan-M. Thinaah jelas tidak mahu mengikut jejak langkah rakan mereka itu.
Baca Juga:
- Senarai Pemain Malaysia Ke Suku Akhir Terbuka China 2025

- Senarai Pemain Pilihan Yang Tersingkir Di Pusingan Pertama Terbuka China 2025

- Terbuka China 2025: Ini Jumlah Wang Tunai Bakal Diraih Pemain

Sebaliknya pasangan yang bakal berada di ranking kedua dunia secara rasmi pada minggu hadapan itu memperagakan corak permainan bertenaga untuk menewaskan gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto.
Kemenangan 21-16, 21-12 itu juga sekali gus melebarkan rekod pertemuan kedua-dua pasangan menjadi 4-1.

Manakala Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil kedua negara yang melangkah ke separuh akhir Terbuka China 2025 selepas menundukkan rakan sepasukan, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dengan kemenangan 21-16, 21-16.
Pearly Tan-M. Thinaah akan berhadapan dengan pasangan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian dimana wakil negara itu tewas pada tiga perlawanan berturut-turut.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula bakal menanti cabaran sukar gandingan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty yang menundukkan satu lagi pasangan Malaysia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.
Terbuka China 2025 merupakan kejohanan dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang berstatus Super 1000.

Wakil Malaysia Ke Separuh Akhir Terbuka China 2025
Beregu Lelaki
Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Beregu Wanita
Pearly Tan-M. Thinaah