Debaran kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2026 semakin dirasakan dengan saingan akan bermula pada 6 Januari ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Ia merupakan kejohanan sulung buat pertandingan anjuran Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) pada tahun baharu ini.
Baca Juga:
- Tiket Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 Sudah Mula Dijual

- Terbuka Malaysia 2025: Perjalanan Wakil Negara Terhenti Di Separuh Akhir

- Bumbung Axiata Arena Bocor Ganggu Kelancaran Terbuka Malaysia 2025

Edisi tahun lalu menyaksikan Man Wei Chong-Tee Kai Wun bersama-sama Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai menjadi wakil terbaik negara dengan mara ke separuh akhir.
Dengan semangat tahun baharu dan selaku pembuka tirai saingan, ia pasti meningkatkan moral para pemain Malaysia untuk mencipta kenangan indah di hadapan penyokong sendiri.
Pada edisi kali ini menurut sumber laman sesawang rasmi pertandingan BWF, Malaysia mempunyai 18 wakil dimana acara beregu lelaki menampilkan wakil paling ramai termasuklah gandingan bersilang negara iaitu Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu.
Berikut merupakan senarai penuh wakil negara dalam kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2026 yang berstatus Super 1000 itu:
Terbuka Malaysia 2026
Perseorangan Lelaki
1) Leong Jun Hao
2) Lee Zii Jia
Beregu Lelaki
3) Aaron Chia-Soh Wooi Yik
4) Man Wei Chong-Tee Kai Wun
5) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
6) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King
7) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
8) Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri
9) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong
10) Goh V Shem-Choi Sol Gyu (Korea Selatan)
Beregu Wanita
11) Pearly Tan-M. Thinaah
12) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing
13) Ong Xin Yee-Carmen Ting
Beregu Campuran
14) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
15) Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai
16) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin
17) Jimmy Wong-Lai Pei Jing
18) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien