Pemilik kelab Melaka United FC (MUFC) berpotensi menerima hukuman penjara selepas satu pendengaran kes mengenai perbicaraan taksiran ganti rugi pemain MUFC telah dijalankan di Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, Melaka semalam.
Perkembangan itu dikongsikan oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) yang menyaksikan bekas pemain, Hasbullah Abu Bakar hadir mewakili 17 pemain MUFC.
Baca Juga:
- Gagal Lunas Tunggakan Gaji, Pemilik Kelab Dipenjara 7 Hari
- Norshahrul Gesa Melaka United Segera Lunaskan Tunggakan Gaji
- Tidak Dibayar Gaji, Jamsari Sabian Jual Pingat Demi Kelangsungan Hidup
PENDENGARAN KES MELAKA UNITED FC
Satu pendengaran kes mengenai perbicaraan taksiran ganti rugi pemain Melaka United FC telah dijalankan di Mahkamah Tinggi yang bertempat di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka semalam.
Lebih lanjut โคต๏ธ pic.twitter.com/TLiGsiFx2S
— PFA Malaysia ๐ฒ๐พ (@pfamalaysia) February 16, 2024
“Setelah keterangan diberikan oleh saksi, Mahkamah telah memberikan arahan lanjut kepada pihak Plaintif untuk memfailkan afidavit ke Mahkamah bagi tujuan penelitian dan taksiran akhir oleh Yang Arif Hakim
“Mahkamah juga telah menetapkan tarikh pada 18 Mac 2024 sebagai klarifikasi serta keputusan untuk taksiran ganti rugi tersebut.
“PFAM sangat komited dalam memperjuangkan dan membantu komuniti pemain bola sepak profesional secara keseluruhan dari segi kebajikan serta pembangunan pemain agar hak pemain akan terus terbela,” tulis PFAM dalam kenyataan rasmi.
Difahamkan tunggakan gaji para pemain MUFC sehingga kini masih belum dilunaskan walaupun banyak kali peringatan telah diberikan.
Sikap pengurusan pasukan tersebut berdiam diri membuatkan beberapa bekas pemain hilang sabar dan terpaksa memilih mahkamah sebagai jalan terakhir.
๐ฐ This week in the world of football's player unions.
Featuring:
๐ฒ๐พ @PFAMalaysia
๐ฌ๐ท @PSAPP1976
๐จ๐ฑ @SIFUP
๐ง๐ด @FABOL_Bolivia
๐ซ๐ฎ @FPAFinland
๐บ๐ธ @MLSPA— FIFPRO (@FIFPRO) February 16, 2024
Apakah pemilik MUFC bakal menjadi individu kedua yang ke penjara selepas peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan berita pemilik Kelab Kuantan FA serta Marcerra United yang bergelar Datuk Seri dikenakan hukuman penjara selama 7 hari.
Ini adalah kes saman sivil pertama dalam sejarah bola sepak Malaysia yang membabitkan pemilik kelab.