Siti Nurhaliza mencipta rekod tersendiri apabila berjaya menjadi artis tempatan pertama yang berjaya menjual kesemua tiket.

Dalam ciapan yang dibuat oleh Pop Crave di laman media sosial X, difahamkan bahawa konsert Siti Nurhaliza habis dijual dalam masa 2 jam.

Baca Juga:

Konsert #SayaSitiNurhaliza dijadualkan berlangsung pada Mac tahun hadapan Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, Malaysia.

Tiket yang terjual umpama goreng pisang panas ini telah menyebabkan sebahagian peminat kecewa kerana gagal mendapatkannya.

Sebahagian lagi menyatakan rasa tidak sabar mereka dengan konsert dari penyanyi No.1 negara.

Untuk rekod, kumpulan rock dari British, Coldplay sebelum ini telah memecahkan rekod hampir 20 tahun Siti Nurhaliza dengan 75,000 kehadiran di Stadium Bukit Jalil.

Difahamkan bahawa rekod 2004 yang dipegang Siti dengan kehadiran 70,000 lebih penonton akhirnya dipecahkan oleh Coldplay pada 22 November lalu.