Timbalan Presiden FAM, Datuk Sivasundaram dilaporkan menggalas tugasan Setiausaha Agung FAM, menggantikan Datuk Noor Azman Rahman.
Sebelum ini FAM mengumumkan bahawa Datuk Noor Azman Rahman direhatkan daripada tugasannya di tengah tengah kemelut isu kes FIFA yang melanda bola sepak negara.
Sementara jawatan itu ditinggalkan oleh Datuk Noor Azman yang diumukan digantung tugas serta merta, Datuk Sivasundaram akan memangku sementara jawatan tersebut – menurut laporan Zulhelmi Zainal Azam.
Timbalan Presiden FAM Datuk Sivasundaram difahamkan menjalankan tugas Setiausaha Agung FAM, menggantikan Datuk Noor Azman Rahman yang digantung tugas. 📤📆@ASTROARENA pic.twitter.com/4KAajc1oz5
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 21, 2025
Datuk Sivasundaram dianggap calon terbaik untuk menggalas tugasan Setiausaha Agung FAM buat sementara waktu. Ini kerana beliau memiliki pengalaman yang sangat luas dalam bidang pengurusan bola sepak.
FAM ketika ini masih dalam proses rayuan untuk kes melibatkan dakwaan FIFA bahawa FAM memalsukan dokumen 7 pemain warisan.
FAM konsisten menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa kesemua 7 pemain tersebut adalah pemain berdarah Malaysia yang sah.
FAM turut menegaskan bahawa, berlaku kesilapan ketikan proses mengemukakan dokumen. Di mana dokumen yang dihantar adalah dokumen daripada pihak ketiga atau ejen.
FAM mendedahkan bahawa mereka mengemukakan salinan asal dokumen yang ada dalam simpanan mereka.
Buat masa ini, 7 pemain warisan tersebut masih dikenakan penggantungan selama 12 bulan oleh FIFA sehingga keputusan rayuan dikeluarkan tidak lama lagi.