Skuad wanita negara bakal menerima pemain warisan yang akan beraksi pada kelayakan Piala Asia B-20 Tahun.
Menurut laporan NST, seramai tiga pemain warisan akan menyertai skuad wanita negara dalam aksi kelayakan pada bulan Ogos nanti.
Baca Juga:
- Tan Sri Hamidin Mohd Amin Dilantik Presiden Kehormat FAM

- ‘Skandal Pemain Warisan’ – Media Indonesia Dakwa Malaysia Akan Dihukum FIFA

- Hardi Jaafar – ‘Selamat Jahanam Liga Malaysia’

Skuad Wanita Negara Diperkuatkan Pemain Warisan
“Pindaan kewarganegaraan meluaskan pilihan pemain untuk kami, dan kami berterima kasih kepada kerajaan.

“Kami akan mendapatkan tiga pemain asing untuk menyertai pasukan Bawah 20 tahun negara kami untuk kelayakan Piala Asia.
“Kami terbuka kepada pemain asing, tetapi mereka masih perlu dinilai sebelum mewakili pasukan kebangsaan kami.

“Kami telah menerima banyak permohonan daripada pemain luar negara termasuk dari Amerika Syarikat, Australia dan UK,” kata Pengerusi jawatankuasa bola sepak wanita FAM, Datuk Suraya Yaacob.
Skuad Malayan Tigress tidak berjaya dalam kelayakan Piala Asia wanita 2026 yang berakhir minggu lalu.

Mereka meraih kemenangan 1-0 ke atas Palestin dan tuan rumah Tajikistan, tetapi mengalami kekalahan 6-0 kepada juara Kumpulan H iaitu Korea Utara.