Selepas sedekad kapten dan legenda Spurs, Son Heung Min umum tinggalkan kelab itu.

Soon Heung Min kelihatan sedih ketika membuat pengumuman terbuka itu kepada media.

Kontrak semasa Son Heung Min sebenarnya sudah berakhir. Namun masih ada pilihan untuk dilanjutkan semusim lagi.

Son Heung Min tinggalkan Tottenham

Tetapi setelah membantu kelab itu menamatkan kemarau trofi yang panjang dengan menjulang UEL musim lalu, Son akhirnya sedia untuk mencari cabaran baharu.

son heung min

Menurut Son, keputusan meninggalkan Spurs itu adalah perkara yang paling sukar pernah dia buat.

Son berkata: “Saya memutuskan untuk meninggalkan kelab pada musim panas ini. Kelab juga membantu saya dengan hormatnya dalam keputusan ini.

“Ini adalah keputusan paling sukar yang pernah saya buat. Namun saya fikir ini adalah masa tepat untuk membuat keputusan. Saya berharap semua orang faham akan keputusan saya dan semua orang menghormatinya.

“Saya tiba di London Utara sebagai budak 23 tahun, pada usia sangat muda. Pemuda yang datang ke London walaupun tak tahu bercakap bahasa Inggeris sekalipun. Dan saya meninggalkan kelab ini sebagai seorang lelaki dewasa dan dengan momen yang sangat membanggakan.

Ditanya, adakah dia sudah memutuskan destinasi dia yang seterusnya, Son berkata: “Saya rasa saya masih belum ada jawapan untuk itu.”

Son Heung Min sangat setia dengan Tottenham Hotspur walaupun banyak kali dirisik kelab besar eropah lain. Terutama sekali selepas Harry Kane meninggalkan Spurs ke Bayern, Son terus kekal bersama kelab itu dan berusaha membantu mereka untuk memenangi trofi.

Peminat bola sepak semua setuju bahawa Son Heung Min bukan sahaja legenda Spurs,  namun legenda EPL dan Korea Selatan. Ramai juga masih berharap mahu melihat Son terus kekal di EPL.