Persoalan peminat bola sepak tempatan mengenai kehilangan penolong jurulatih skuad Harimau Malaya, Pau Marti ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman di Stadium Nasional BukitĀ Jalil (SNBJ) akhirnya terjawab.
Malah, timbul juga isu jurulatih dari Sepanyol itu telah meletakkan jawatannya namun Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin menafikan dakwaan itu.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Berpontesi Jadi Mangsa ‘Scam’, Ini Nasihat Peguam Hartanah Buat Pembeli Tanah Lot Tanpa Geran Individu
- Admin ‘LHDN Cari Siapa Hari Ini?’ Basuh Orang Atasan Dan Nyatakan 18 Tuntutan
Hamidin menjelaskan Pau Marti sebenarnya mengalami masalah kesihatan dan tidak dapat bertugas ketika perlawanan menentang Oman.
“Beliau sebenarnya telah dimasukkan ke hospital pada 23 Mac iaitu sehari selepas skuad kebangsaan pulang dari Muscat, Oman kerana telah mengalami masalah kesihatan.
“Beliau ditahan wad selama enam hari dan hanya dibenarkan pulang ke rumah pada 28 Mac lalu. Justeru, Pau Marti sah masih bersama skuad Harimau Malaya,” kata Hamidin dalam satu kenyataan.

Hamidin turut menegaskan pihaknya tidak menerima apa-apa surat perletakan jawatan daripada barisan jurulatih Harimau Malaya termasuk pengendali pasukan, Kim Pan-gon.
“Kim Pan Gon sendiri telah menafikan laporan berita yang memetik sumber menyatakan bahawa beliau telah menghantar surat kepada FAM dan bersedia untuk meninggalkan skuad Harimau Malaya.
“Di pihak FAM sendiri pun, kami tidak menerima apa-apa surat daripada Pan Gon. Jadi tiada isu di sini yang mana ia cuma cubaan pihak tertentu untuk mencipta satu polemik susulan dua kekalahan skuad Harimau Malaya kepada Oman, baru-baru ini,” jelas Hamidin.