Kuala Lumpur (KL) Thunder menjadi pasukan pertama yang mengesahkan tempat ke suku akhir Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) 2024 bagi Grand Prix (GP) Selangor selepas menundukkan Bomba Fighters 2-1 pada aksi kedua sebentar tadi.
Kejayaan yang menjadikan KL Thunders sebagai juara kumpulan A dimana semalam skuad kendalian Rosli Ab Rahman mudah menundukkan Kelantan Warriors.
Baca Juga:
- STL 2024 GP Selangor: KL Thunder Tak Berdepan Masalah Kalahkan Kelantan Warriors
- STL 2024 GP Selangor: Negeri Sembilan Antlers Tundukkan Johor Tigris
- STL 2024 GP Selangor: Penang Black Panthers Bermula Baik, Atasi Terengganu Turtles
Rosli membuat satu pertukaran apabila merehatkan tekong, Zarif Merican Ibrahim Merican dan memasukkan tonggak utama, Syahir Rosdi manakala Azlan Alias (apit kanan) dan Amirul Zazwan Amir (apit kiri) dikekalkan.
Sementara itu, Bomba Fighters pula membariskan tekong dari Thailand iaitu Pongsatorn Phong Udtha, Muhammad Eqbal Shamsudin (apit kanan) dan apit kiri, Nik Muhammad Afiq Mazlan.
Dibarisi trio yang cukup berpengalaman jelas digunakan sepenuhnya KL Thunder untuk mencuri set pertama dengan kemenangan 15- 10.
Namun, hasrat untuk melihat juara edisi 2020 itu untuk menang mengesahkan kemenangan dengan lebih awal tidak kesampaian apabila Bomba Fighters tampil cemerlang pada set kedua untuk menang 17-14 sekali gus mengheret aksi ke set penentuan.
Aksi jelas menarik untuk disaksikan selepas kedua-dua pasukan terikat 9-9. Namun, para pemain KL Thunder menyerap tekanan dengan cukup baik untuk mengesahkan kemenangan 15-12.
Satu lagi slot daripada kumpulan A yang akan lolos ke suku akhir bakal ditentukan 4.30 petang esok apabila Bomba Fighters bertemu Kelantan Warriors.