Kempen Liga Premier STL 2026 bermula semalam dengan aksi menarik ditampilkan barisan pemain pada aksi pertama GP Perak di Stadium Indera Mulia Ipoh.

Johor Tigris, Melaka Titans, Bomba Fighters dan tuan rumah, Perak Bison memulakan kempen mereka dalam STL 2026 dengan nota cemerlang susulan kemenangan ke atas lawan masing-masing.

STL 2026 GP Perak: Keputusan Penuh Perlawanan Hari Pertama

Liga Premier STL 2026 Membuka Tirai

Johor Tigris yang dibarisi Zuhri Bin Muhammad Zin selaku tekong, Nattapong Kotchapaksri (apit kanan) dan Muhammad Lutfil Bin Hadi (apit kanan) tidak terlalu berdepan masalah terutamanya pada set kedua untuk menewaskan Kedah Eagles 15-11, 15-7.

Aksi kedua pula menyaksikan skuad himpunan bintang, Melaka Titans terpaksa beraksi hingga ke ‘tie-break’ sebelum menundukkan Kelantan Warriors.

Mempertaruhkan Muhammad Zarif Marican Bin Ibrahim Marican (tekong), Aekkasit Naphom (apit kanan) dan apit kiri, Muhammad Zaim Bin Razali, Melaka Titans menang 15-13, 16-17, 15-7.

Dua perlawanan seterusnya turut berlangsung hingga ke set ketiga apabila Bomba Fighther menang 15-11, 11-15, 15-10 ke atas Selangor Pistons.

STL 2026 GP Perak: Keputusan Penuh Perlawanan Hari Pertama

Perak Bison pula yang mendapat sorakan padu ribuan penyokong sendiri bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menang 7-15, 15-7, 15-9.

Kemasukan Najmi Syahfiq Bin Anuar (tekong) dan Muhammad Nazrein Daniel Bin Mohd Kamal Mustafa (apit kanan) jelas menjadi senjata utama buat Perak Bison selepas dua pemain muda tersebut mempamerkan corak permainan bertenaga untuk membantu kemenangan pasukan sambil dibantu apit kiri berpengalaman, Amirul Zazwan Amir.