Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam dalam sidang media khas di Putrajaya, hari ini harga subsidi bahan api RON95 (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter walaupun harga minyak global meningkat.

Menurut beliau, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memberi jaminan bahawa bekalan bahan mentah itu dapat bertahan sehingga Mei depan, petik Harian Metro.

Baca Juga:

“Ini tentunya berbeza daripada keadaan di kebanyakan negara lain. Sebab itu saya selalu tekankan tentang isu tatakelola, pengurusan yang cekap, beramanah dan profesional.

“Kita (Kerajaan) juga akan terus mendepani permasalahan ini dengan fokus menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat. Bagaimana kerajaan mampu melindungi rakyat dari impak penuh kenaikan harga minyak dan tentunya harga barang keperluan lain.

“Sebab itu saya maklumkan kepada Jemaah Menteri untuk menetapkan harga BUDI95 untuk rakyat. Ini satu keputusan yang sukar tapi akan dikekalkan pada paras RM1.99 seliter walaupun harga pasaran jauh lebih tinggi,” jelas beliau.