Kem badminton Malaysia jelas berdepan laluan getir dalam usaha untuk memburu pingat dalam acara berpasukan lelaki dan wanita Sukan Asia 2026.

Berdasarkan undian yang dilakukan, skuad wanita akan bertemu Hong Kong di pusingan pertama pada 3.00 petang esok. Manakala pasukan lelaki pula bakal berdepan cabaran Mongolia pada Isnin nanti.

Sukan Asia 2026: Keputusan Undian Badminton Berpasukan
Kredit Foto: Majlis Sukan Negara Malaysia

Sekiranya skuad wanita berjaya melepasi cabaran tersebut, mereka perlu menghadapi Korea Selatan di suku akhir. Lawan yang jelas merupakan kuasa besar badminton dunia.

Pasukan lelaki yang pastinya tidak akan berdepan masalah untuk menewaskan Mongolia pula perlu melepasi ranjau berliku apabila pasukan pilihan utama Sukan Asia 2026, Indonesia menanti di suku akhir.

Pemain Negara Di Sukan Asia 2026

Skuad negara membariskan Leong Jun Hao, Justin Hoh, Eogene Ewe dan Kong Wei Xiang bagi sektor perseorangan lelaki manakala Aaron Chia, Tee Kai Wun, Goh Sze Fei, Nur Izzuddin Rumsani, Chen Tang Jie dan Goh Soon Huat pula bagi beregu.

Sukan Asia 2026: Keputusan Undian Badminton Berpasukan
Kredit Foto: Majlis Sukan Negara Malaysia

Sementara itu skuad wanita pula meletakkan kepercayaan kepada K. Letshanaa, Wong Ling Ching, Oo Shan Zi dan Eng Ler Qi dalam perseorangan. Sektor beregu pula dibarisi Pearly Tan, M. Thinaah, Low Zi Yu, Noraqilah Maisarah Ramdan, Cheng Su Yin dan Shevon Jemie Lai.

Kem badminton negara tidak pernah memenangi pingat emas dalam acara berpasukan dimana pencapaian terbaik skuad lelaki adalah pingat perak pada temasya di Bangkok 1966 dan Beijing 1990. Skuad wanita pula menang pingat perak pada 1962 di Jakarta.