Seorang individu di platform X telah memuat naik satu ciapan yang mengundang kemarahan ramai apabila sengaja menyunting sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah kepada negara.
Menerusi satu hantaran yang telah pun dipadam, dia memuat naik gambar pasport miliknya dengan berkata “Tengok pasport saya hari ini sebelum merentasi sempadan dan perasan sesuatu hilang”.
Pada awalnya, sebahagian orang tidak mendapat tangkap dengan jenaka itu namun seorang individu telah menerangkan yang dia telah menyunting ayat yang menegaskan pasport itu sah di seluruh dunia kecuali Israel.
Benda yang disangka jenaka itu akhirnya memakan diri apabila rata-rata netizen meluahkan rasa bengang dengan apa yang cuba disampaikan kerana ia bukanla sesuatu yang boleh dipandang remeh.
Ramai melihat ia sebagai cubaan mempersenda pasport Malaysia di samping boleh menjadi kontroversi atau memberi gambaran yang boleh sudah menerima negara haram itu.
Selain itu, netizen percaya terdapat kemungkinan gambar terbabit bakal digunakan oleh entiti atau individu yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan gambar palsu itu dan menimbulkan impresi yang negatif terhadap negara.
Perkara ini secara langsung boleh menggugat ketenteraman awam dan kedaulatan negara.
Dia niat bergurau audiens disuruh mencari apa yang hilang. Ayat "pasport ke seluruh dunia kecuali israel" tu… pastu kat replies dia ckp itu fake"
Tp netizen x suka dia persendakan passport malaysia mcm tu. Jd dia deleted. pic.twitter.com/g3c3i4teXb— _fayKyu (@_fayKyu) October 30, 2025
Pada hantaran terkini, dia sudah pun meminta maaf serta mendakwa tidak sedar akan perbuatannya sehinggalah ia mengundang kecaman ramai.
Ramai masih berpendapat dia perlu menerima hukuman setimpal supaya menjadi pengajaran buat yang lain.
Secara ringkas, walaupun niat asal mungkin hanya “jenaka,” undang-undang melihat integriti dokumen rasmi adalah keutamaan, dan sebarang pengubahan dianggap sebagai ancaman keselamatan yang serius.