Seorang pelajar Tingkatan 6 dan keluarganya telah mengheret sebuah sekolah antarabangsa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung surat syor yang dikatakan tidak masuk akal, menyebabkan pelajar tersebut gagal diterima oleh 15 universiti terkemuka di AS, termasuk Harvard, Stanford, dan Yale.
Pelajar tersebut berusia 21 tahun dan telah memfailkan writ saman pada 3 Januari lepas.
Baca Juga:
- Murid Di Sabah Saman Guru Bahasa Inggeris Kerana ‘Ponteng’ Kelas Selama 7 Bulan
- Kecewa Komen Mengaibkan Leona, Pengurus Sedia Saman Netizen
Dalam dokumen yang dilihat oleh Malaysiakini, pelajar tersebut mendakwa bahawa surat cadangan yang diajukan kepada universiti AS tidak mematuhi ketetapan, termasuk persyaratan tandatangan guru yang berinteraksi dengannya semasa di sekolah berasrama penuh.
Dia hanya berjaya diterima oleh tiga universiti yang lain iaitu Universiti Washington, Universiti California di San Diego dan Universiti California di Davis yang tidak memerlukan surat sokongan daripada sekolah.
Pelajar tersebut menuduh sekolah melakukan pelanggaran kontrak kerana tidak memberikan bantuan yang sewajarnya dan menggunakan templat standar untuk surat cadangan.
Dia juga berhujah bahawa kecuaian sekolah tersebut merugikan peluang kerjaya dan potensi pendapatan masa depannya.
Keluarga pelajar tersebut menuntut pelbagai ganti rugi, termasuk ganti rugi am, teruk, teladan, dan khas.
Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa sekolah telah melakukan pelanggaran kontrak dan kecuaian.
Pada 12 Januari,lima defendan hadir dalam tuntutan mahkamah melalui peguam mereka dari firma guaman Azman Davidson & Co, sementara keluarga pelajar tersebut diwakili oleh peguam Marcus Lee.