Tular baru-baru ini apabila Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza berikutan membuat nasihat secara terbuka mengenai tarikh konsert yang diadakan hampir dengan bulan Ramadan.

Permohonan maaf yang dibuat telah menimbulkan pelbagai respons di kalangan netizen yang pelik dengan permohonan seorang mufti kepada selebriti.

Baca Juga:

Mufti juga manusia biasa

Sumber: Berita Harian

Susulan daripada permohonan maaf yang menjadi buah mulut ramai, Dr Wan memaklumkan beliau juga seorang manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Tak salah pun mufti minta maaf kepad artis atau sesiapa kerana kita manusia biasa, tidak maksum.

“Manusia tidak boleh yakin bahawa apa yang kita katakan itu adalah betul di sisi Allah SWT. Hanya kita fikir betul tetapi hanya berdasarkan pertimbangan ijtihad kita sahaja yang boleh betul dan boleh salah.

Pada pandangan manusia, mufti lebih baik daripada artis tetapi manalah kita tahu, di sisi Allah SWT jadi sebaliknya, justeru tidak salah minta maaf.” ulas Dr Wan.

Sehubungan dengan itu, Dr Wan mengharapkan isu ini tidak lagi dipanjangkan sekaligus menjadi perbalahan di kalangan netizen.

Siti Nurhaliza menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan konsert yang diadakan bagi menyalurkan dana ke Palestin berjaya menerima sambutan hebat daripada peminat. Difahamkan hanya 2 jam diperlukan dalam menghabiskan kesemua tiket yang terjual.

Sumber