Umum ramai mengetahui, setiap hutang yang dibuat perlulah dibayar semula sehingga langsai sepenuhnya. Bagaimanapun ada segelintir pihak yang tidak memperdulikan untuk selesaikan hutang yang dibuatnya.

Baru-baru ini Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berasa musykil apabila mendapati ada peminjam institusi itu merayu agar tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak membayar pinjaman pendidikan sedangkan mampu berkereta mewah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi hantaran Facebook Pengerusi MARA itu, beliau menegaskan sikap peminjam yang liat membayar hutang tidak sepatutnya berlaku kerana mempunyai kemampuan.

“Bila saya lihat di Facebook beliau, nampak kehidupan agak bergaya dan mewah juga dengan berkenderaan mewah Mercedes. Tapi nak bayar balik pinjaman pelajaran liat.

“Inilah antara kepentingan ilmu pengurusan kewangan peribadi dan memahami keutamaan dalam perbelanjaan,” petik hantaran Facebook Dr Asyraf.

Tegas beliau lagi, setiap peminjam perlu beringat bahawa keutamaan melangsaikan hutang berbanding berbelanja mewah adalah prinsip utama dalam pengurusan kewangan menurut perspektif Islam.

Dr Asyraf memberi contoh bahawa dosa kesalahan tersebut terlalu besar dan berat sehinggakan Nabi memperingatkan bahawa Allah S.W.T boleh mengampunkan kesemua dosa orang mati syahid kecuali dosa tidak bayar hutang.