Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2025 yang sudah bermula pagi tadi menyaksikan Malaysia menghantar 22 wakil untuk memburu kejuaraan.
Malaysia menghantar skuad terkuat dengan kehadiran Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Pearly Tan-M. Thinaah dan ramai lagi.
Baca Juga:
- Senarai Pemain Badminton Negara Yang Sertai Terbuka Hong Kong 2025

- Pearly-Thinaah Cemerlang Muncul Juara Terbuka Hong Kong 2024

- Ogos & September Yang Cemerlang Buat Badminton Negara

Bagaimanapun juara dunia beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menarik diri daripada kejohanan ini.
Diadakan di Hong Kong Coliseum Kowloon, Terbuka Hong Kong merupakan kejohanan kejohanan yang berstatus Super 500 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Walaupun berstatus Super 500, namun kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai lebih RM2 juta.
Hadiah Keseluruhan Terbuka Hong Kong 2025
$500,000 (RM2,104,492.40)
Hadiah Terbuka Hong Kong 2025
Tewas di pusingan kedua (Round of 16)
Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $1,750 (RM7,365.64).
Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $1,875 (RM7,891.75).
Tewas di suku akhir
Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $3,000 (RM12,627.87) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $3,625 (RM15,259.64).
Tewas di separuh akhir
Bagi pemain yang terlepas peluang untuk ke perlawanan akhir dalam acara perseorangan lelaki dan wanita, mereka menerima wang tunai bernilai $7,250 (RM30,521.20).
Pasangan beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal menerima hadiah bernilai $7,000 (RM29,466.91).
Naib Juara
Bagi pemain yang tewas pada perlawanan akhir dalam semua acara dipertandingkan, mereka menerima wang tunai bernilai $19,000 (RM79,981.63).
Juara
Habuan lumayan diterima juara perseorangan lelaki dan wanita Malaysia Masters 2025 apabila mereka akan membawa pulang $37,500 (RM157,854.98) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $39,500 (RM166,273.91).