Dua wakil negara menepati ramalan berjaya meneruskan kemaraan ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka India 2026.

Masalah dan kontroversi yang melanda dalam kejohanan berstatus Super 750 tidak langsung merentap semangat Pearly Tan-M. Thinaah dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menempah slot ke separuh akhir.

Baca Juga:

Pasangan beregu wanita nombor dua dunia itu tidak terlalu berdepan masalan untuk menundukkan wakil Chinese Taipei, Hsieh Pei Shan-Hung En Tzu 21-16, 21-10.

Menanti mereka di separuh akhir pada jam 1.30 petang nanti ialah pasangan Jepun yang menewaskan mereka sebanyak dua kali pada saingan BWF World Tour Finals 2025 iaitu Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto.

Manakala Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula akan berhadapan dengan pasangan bukan pilihan, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita dari Jepun setelah membenam cabaran wakil Chinese Taipei, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan 21-19, 21-14.

Berikut merupakan jadual perlawanan melibatkan wakil negara dalam separuh akhir Terbuka India 2026:

Separuh Akhir Terbuka India 2026

1) Pearly Tan-M. Thinaah lawan Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto (Jepun) – 1.30 Petang – Gelanggang 1

2) Aaron Chia-Soh Wooi Yik lawan Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita (Jepun) – 6.30 Petang – Gelanggang 1