Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2025 akan membuka tirainya pagi esok dengan Malaysia menghantar 14 wakil bagi memburu kejuaraan.

Kejohanan yang berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium itu pastinya menarik minat barisan pemain terbaik dunia untuk bersaing selepas berehat selama sebulan.

Baca Juga:

Terbuka Jepun 2025
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin merupakan juarab bertahan Terbuka Jepun. Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS.

Terbuka Jepun 2025 merupakan kejohanan berstatus Super 750 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Seperti kebiasaan dengan status tersebut, Terbuka Jepun 2025 bakal menawarkan mata ranking tinggi dan hadiah wang tunai yang cukup lumayan.

Malah, wang tunai tidak hanya diberikan kepada para pemenang tetapi semua pemain yang menyertai kejohanan tersebut akan mendapat ‘saguhati’.

Hadiah Keseluruhan Terbuka Jepun 2025

$950,000.00 (RM4,042,081.29)

Terbuka Jepun 2025
Nami Matsuyama-Chiharu Shida jadi taruhan tuan rumah. Kredit Foto: Claus Fisker / Ritzau Scanpix / AFP

Tewas di pusingan pertama

Pemain yang perjalanannya terhenti seawal pusingan pertama (Pusingan 32) akan menerima $950 (kira-kira RM4,042.25) bagi semua acara dipertandingkan.

Tewas di pusingan kedua (Round of 16)

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $2,850 (RM12,127.52).

Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $3,087.50 (RM13,138.72).

Tewas di suku akhir

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $5,225.00 (RM22,235.64) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $5,937.50 (RM25,267.78).

Tewas di separuh akhir

Bagi pemain yang terlepas peluang untuk ke perlawanan akhir dalam semua acara dipertandingkan, mereka menerima wang tunai bernilai $13,300 (RM56,603.87).

Naib Juara

Naib juara bagi perseorangan lelaki dan wanita, mereka akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $32,300 (RM137,446.59).

Bagi kategori beregu lelaki, wanita dan campuran, mereka bakal menerima $33,250 (RM141,489.13).

Juara

Habuan yang cukup lumayan diterima juara perseorangan lelaki dan wanita apabila mereka akan membawa pulang $66,500 (RM283,008.42) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $70,300 (RM299,180.33).

  • * 20.42% daripada hadiah wang akan ditolak mengikut undang-undang cukai pegangan Jepun.