Dua wakil negara dalam acara beregu meneruskan perjuangan di separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Korea 2024 yang berlangsung di Seoul.

Dua wakil yang dimaksudkan ialah gandingan Pearly Tan-M. Thinaah dan pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pearly dan Thinaah beraksi cemerlang untuk menundukkan pasangan dari Chinese Taipei, Teng Chun Hsun-Yang Chu Yun 21-19, 21-15.

Semi finalis Sukan Olimpik 2024 itu bakal berdepan tugas sukar esok dimana mereka akan bertemu dengan pilihan pertama kejohanan, Baek Ha Na-Lee So Hee.

Berdasarkan rekod pertemuan, gandingan tuan rumah itu memenangi dua daripada tiga pertemuan menentang Pearly-Thinaah.

Sementara itu, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei pula mengenepikan cabaran senior mereka iaitu Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dengan kemenangan ‘straight set’ 21-18, 21-11.

Dengan kemenangan itu menyaksikan mereka yang kini menghuni ranking kesembilan dunia akan menghadapi cabaran pasangan China, Cheng Xing-Zhang Chi.

Meskipun berada jauh meninggalkan gandingan muda dari China itu daripada segi ranking, Tang Jie-Ee Wei perlu berwaspada dengan kemampuan lawan tersebut.

Kedua-dua pasangan itu masih belum pernah bertemu dalam mana-mana aksi di pentas antarabangsa.

Kejohanan Terbuka Korea 2024 merupakan saingan yang berstatus Super 500 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Kali terakhir pemain Malaysia muncul juara dalam kejohanan ini adalah pada edisi 2022 dimana Tan Kian Meng-Lai Pei Jing berjaya menundukkan wakil tuan rumah, Ko Sung-hyun- Eom Hye-won.