Gandingan beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan rentak cemerlang apabila berjaya melangkah ke pentas final kejohanan badminton Terbuka Korea 2024.

Pada aksi penuh mendebarkan yang berlangsung di Mokpo Indoor Stadium sebentar tadi itu, pasangan ranking kesembilan dunia tersebut mempamerkan ketenangan dalam menghadapi tekanan diberikan pasangan muda dari China, Ching Xeng-Zhang Chi.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Walaupun mencatatkan kemenangan ‘straight set’, tetapi ia bukanlah tugas mudah buat Tang Jie dan Ee Wei untuk melangkah ke perlawanan akhir.

Ia jelas dibuktikan apabila mereka terikat 20-20 pada set pertama tetapi menyerap tekanan dengan baik dengan meraih dua mata lagi untuk menang 22-20.

Skrip yang hampir sama berlaku pada set kedua dimana pasangan negara itu mencatatkan kemenangan 21-19 untuk menempah aksi final kelima sejak bergandingan pada penghujung Disember 2022.

Menanti Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di final esok ialah satu lagi pasangan dari China, Guo Xin Wa-Wei Ya Xin.

Meskipun berada di ranking ke-136 dunia, mereka pernah menewaskan pasangan negara itu pada pusingan kedua Terbuka Hong Kong 2023 dengan keputusan 21-18, 12-21, 21-19.

Sementara itu dalam satu lagi aksi melibatkan wakil Malaysia, Pearly Tan-M. Thinaah akan membuat perhitungan dengan jaguh tuan rumah yang merupakan pilihan pertama kejohanan, Baek Ha Na-Lee So Hee.

Berdasarkan rekod pertemuan, Ha Na-So Hee berjaya memenangi dua daripada tiga pertemuan menentang Pearly-Thinaah.