Permulaan yang tidak begitu meyakinkan buat kem badminton negara pada aksi hari pertama (pusingan pertama) saingan Terbuka Malaysia 2025 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Hal ini kerana hanya tiga daripada 10 wakil Malaysia yang beraksi pada hari ini berjaya melangkah ke pusingan kedua.
Baca Juga:
- Ini Senarai Pemain Pilihan Yang Tersingkir Seawal Pusingan Pertama Terbuka Malaysia 2025
- Bumbung Axiata Arena Bocor Ganggu Kelancaran Terbuka Malaysia 2025
- Ini Jumlah Wang Bakal Diraih Pemain Dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025
Ia bukanlah satu perkembangan yang diharapkan apatah lagi barisan pemain mendapat sorakan padu ribuan penyokong padu pencinta badminton tanah air.
Selepas lima kekalahan berturut-turut dialami pemain negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memberikan kelegaan dengan kemenangan pertama pada aksi yang berlangsung di sebelah malam.
Pasangan negara yang merupakan pilihan ketiga kejohanan itu tidak berdepan masalah untuk menundukkan gandingan Chinese Taipei, Wu Hsuan-yi-Yang Chu Yun 21-8, 21-9.
Langkah mereka diiringi gandingan Vivian Hoo-Lim Chiew Sien yang menewaskan Cheng Yu-Pei-Sun Yu Hsing dari Chinese Taipei dengan ‘straight set’ 21-11, 21-17.
Man Wei Chong-Tee Kai Wun pula mengesahkan kemaraan dengan menundukkan wakil Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura dengan mata 21-12, 21-17.
Berikut merupakan senarai penuh keputusan perlawanan melibatkan pemain Malaysia pada hari pertama:
Menang
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei lawan Wu Hsuan-yi-Yang Chu Yun (Chinese Taipei) 21-8, 21-9
Vivian Hoo-Lim Chiew Sien lawan Cheng Yu-Pei-Sun Yu Hsing
Man Wei Chong-Tee Kai Wun lawan Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura (Jepun) 21-12, 21-17.
Kalah
1) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien lawan Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja (Indonesia) 12-21, 13-21
2) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin lawan Lu Ming Che-Hung En-Tzu (Chinese Taipei) 26-28, 21-14, 22-24
3) Tan Kian Meng-Lai Pei Jing lawan Hiroki Midorikawa-Natsu Saito (Jepun) 20-22, 10-21
4) Leong Jun Hao lawan Lu Guang Zu (China) 17-21, 21-16, 13-21
5) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani lawan Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard (Denmark) 15-21, 21-9, 18-21
6) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing lawan Jia Yi Fan-Zhang Su Xian (China) 17-21, 10-21
7) Pearly Tan-M. Thinaah lawan Lanny Tria Mayasari-Siti Fadia Silva Ramadhanti 21-19, 14-21, 13-21
Sementara itu, enam lagi wakil negara akan beraksi pada perlawanan hari kedua bagi pusingan pertama, esok.
Perseorangan Wanita
Goh Jin Wei lawan Malvika Bansod (India)
Beregu Lelaki
Aaron Chia-Soh Wooi Yik lawan Chen Zhi Yi-Presley Smith (Amerika Syarikat)
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi lawan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto (Indonesia)
Arif Junaidi-Yap Roy King lawan Kim Won Ho-Seo Seung Jae (Korea Selatan)
Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong lawan Xie Hao Nan-Zheng Wei Han (China)
Beregu Wanita
Ong Xin Yee-Carmen Ting lawan Sung Shuo Yun-Yu Chien Hui (Chinese Taipei)
Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie lawan Presley Smith-Jennie Gai (Amerika Syarikat)