Lima daripada 10 wakil negara dalam saingan Terbuka Swiss 2026 berjaya melepasi peringkat awal untuk beraksi di pusingan 16 bermula petang ini.
Justin Hoh menjadi wakil tunggal negara dalam perseorangan lelaki selepas menundukkan pemain Perancis, Arnaud Merkle dalam aksi tiga set 20-22, 21-16, 21-17.
Pemain perseorangan wanita kedua negara, Wong Ling Ching turut meneruskan kemaraan susulan kemenangan ke atas pemain Chinese Taipei, Huang Yu-Hsun 21-14, 21-9.
Dua wakil dalam acara beregu lelaki, Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong dan Kang Khai Xing-Aaron Tai turut cemerlang.
Pasangan berpengalaman itu menewaskan Chen Zhi Yi-Presley Smith dari Amerika Syarikat 21-15, 21-14 manakala Khai Xing-Aaron pula menundukkan Muhammad Rian Ardianto-Rahmat Hidayat dari Indonesia 21-16, 29-27.
Sementara itu Jimmy Wong-Lai Pei Jing menjadi satu-satunya wakil dalam beregu campuran selepas mengatasi pasangan Denmark, Rasmus Espersen-Amalie Cecilie Kudsk 21-18, 22-20.
Berikut merupakan jadual perlawanan bagi pusingan 16 melibatkan wakil Malaysia di Terbuka Swiss 2026:
Pusingan 16 Terbuka Swiss 2026
1) Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong lawan Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul (Thailand) – 7.15 MalamĀ – Gelanggang 3
2) Wong Ling Ching lawan Putri Kusuma Wardani (Indonesia) – 8.05 Malam – Gelanggang 3
3) Kang Khai Xing-Aaron Tai lawan Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana (Indonesia) – 9.30 Malam – Gelanggang 1
4) Jimmy Wong-Lai Pei Jing lawan Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu (Indonesia) – 10.20 Malam – Gelanggang 2
5) Justin Hoh lawan Tharun Mannepalli (India) – 3.30 Pagi – Gelanggang 1