Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) bertindak menamatkan kontrak Philippe Troussier sebagai ketua jurulatih selepas kekalahan memalukan 0-3 kepada Indonesia pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium My Dinh.
Keputusan itu dibuat selepas pengendali dari Perancis itu gagal membantu Vietnam mencatat kemenangan dalam tujuh perlawanan berturut-turut di pentas antarabangsa sejak tewas kepada Iraq pada 21 November 2023.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
🚨BREAKING
❌ The Vietnam Football Federation (VFF) 🇻🇳 terminated the contract with coach Philippe Troussier immediately after the defeat against Indonesia in the 2026 FIFA World Cup qualifiers on the evening of March 26.#VFF pic.twitter.com/38ILkibHG8
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) March 26, 2024
Jurulatih berusia 69 tahun itu memegang jawatan sebagai ketua jurulatih skuad senior Vietnam bermula tahun 2023 bagi menggantikan tempat Park Hang-seo yang meletak jawatan selepas saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 berakhir.
Sejak itu, skuad The Golden Stars gagal menampilkan corak permainan terbaik selain kerap tewas dalam perlawanan di peringkat antarabangsa.
Prestasi yang kian merudum ini nyata memberi kesan terhadap kedudukan mereka dalam ranking FIFA dimana sebelum ini Vietnam menghuni tangga ke-95 dan kemudiannya jatuh ke tangga ke-115.
Pencapaian terbaik terbaik Troussier bersama Vietnam ialah membantu skuad B-23 membawa pulang pingat gangsa ketika saingan Sukan SEA 2023.
Dalam carta kumpulan F, Vietnam ketika ini menduduki tangga ketiga dengan kutipan 3 mata manakala Indonesia berada di tangga kedua dengan 7 mata. Iraq teguh berada di puncak dengan 12 mata.
Selepas tewas dua kali kepada Indonesia, peluang Vietnam untuk layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 semakin sukar dan mereka wajib mencatat kemenangan dalam baki dua perlawanan terakhir.