Arsenal dilaporkan telah mengalihkan perhatian kepada penyerang Barcelona, Ferran Torres ketika Mikel Arteta mahu memperkuatkan pilihan di bahagian serangan sebelum jendela perpindahan ditutup.

The Gunners terpaksa meneroka sasaran alternatif selepas gagal mendapatkan beberapa nama berprofil tinggi termasuk bintang Real Madrid, Vinicius Junior.

Usaha Arsenal dalam memperkuatkan skuad pada jendela perpindahan musim panas berjalan dengan baik dengan Bruno Guimaraes dijangka menyertai Piero Hincapie, Illan Meslier dan Christos Tzolis di Stadium Emirates.

Bagaimanapun, pencarian Arteta untuk mendapatkan penyerang sayap bertaraf elit terbukti jauh lebih sukar.

Pasukan dari utara London itu baru-baru ini menyaksikan Chelsea mendapatkan Morgan Rogers, manakala usaha mereka untuk mendapatkan Bradley Barcola turut berdepan jalan buntu apabila bintang Paris Saint-Germain itu dilaporkan lebih memilih untuk berpindah ke Anfield.

Mungkin yang paling mengecewakan ialah kegagalan Arsenal dalam usaha mendapatkan Vinicius Junior. Arsenal sebelum ini memantau rapat situasi pemain Brazil itu di Real Madrid, dengan harapan dapat mengambil kesempatan daripada kontraknya yang semakin tamat.

Arteta
Kredit Foto: Adrian Dennis / AFP

Namun, harapan tersebut berkubur selepas pemain sayap itu secara rasmi mengumumkan lanjutan kontrak besar-besaran yang akan mengekalkannya di Santiago Bernabeu sehingga Jun 2032.

Sehubungan dengan itu, tumpuan terbaharu Arteta pada ketika ini beralih kepada Ferran Torres yang merupakan wira skuad Piala Dunia Sepanyol tempoh hari.

Walaupun Torres sebelum ini kuat dikaitkan dengan perpindahan ke PSG, perjanjian muktamad masih belum dimuktamadkan.

“Dua sumber berasingan memberitahu saya bahawa Arsenal turut menghubungi wakil Torres untuk meminta mereka dimaklumkan mengenai perkembangan perpindahannya pada musim panas ini.”

“Namun, ada pihak lain mengatakan bahawa Arsenal sekadar membincangkan situasi bekas penyerang Manchester City itu secara dalaman dan terus memantau keadaannya dari jauh,” ujar Wartawan CaughtOffside, Mark Brus

Sumber