Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan perpisahan dengan pemain import prolifik dari Argentina, Fernando Forestieri yang tidak lagi beraksi bersama kelab tersebut.
Forestieri menyertai Harimau Selatan pada permulaan musim 2022 bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Gonzalo Cabrera untuk berganding dengan Bergson dan pemain Harimau Malaya, Arif Aiman di bahagian serangan.
Baca Juga:
- TMJ: Akan Ada Ramai Lagi Yang Keluar Dari JDT
- JDT Umum Jalil Elias Sebagai Pemain Import Baharu
- Hector Bidoglio Kembali Bergelar Ketua Jurulatih JDT
Beliau yang pernah menyertai skuad bawah 21 tahun Itali itu hadir ke Liga Malaysia dengan pengalaman eropah apabila beraksi bersama Udinese dan Sheffield Wednesday.
Sebelum ke JDT, Forestieri menyertai beberapa kelab Itali bersama Genoa, Siena, Vicenza, Empoli dan Bari. Dia juga pernah beraksi di Sepanyol bersama Malaga serta di England bersama Watford.
Penyerang ini adalah sebahagian daripada skuad Harimau Selatan yang mencipta sejarah memenangi ‘double quadruple’ pada 2022 dan 2023. Beliau telah menjaringkan 47 gol dan 21 bantuan jaringan menerusi 69 penampilan dengan JDT.
THANK YOU AND ALL THE BEST FERNANDO FORESTIERI!
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) would like to thank Fernando Forestieri for his contribution to the Southern Tigers since joining the club at the start of the 2022 season.
The forward was part of the Southern Tigers squad that won a… pic.twitter.com/CEpHbX1RgS
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 7, 2024
Selain Forestieri, JDT sebelum ini mengumumkan nama yang meninggalkan kelab tersebut termasuk ketua jurulatih Esteban Solari, Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr Leandro Pinero dari barisan kejurulatihan.
Pemain seperti Aidil Zafuan Abd Radzak, S. Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez dan Diogo Luis Santo tidak lagi menyarung jersi JDT selepas lama berkhidmat.
Selain itu, lima pemain Harimau Selatan juga akan dipinjamkan ke pasukan luar bagi mendapatkan minit permainan lebih banyak iaitu Oscar Arribas, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Haziq Nadzli.
Langkah tersebut dilakukan kerana JDT ingin mengurangkan perbelanjaan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang.
Mereka telah pun membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk projek bola sepak termasuk insfrastruktur bola sepak dalam tempoh enam hingga tujuh tahun yang lepas.