Tiga kelab Liga Super telah memperoleh Lesen Kebangsaan sekaligus dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super musim 2025/2026.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MFL, First Instance Body (FIB) bersetuju untuk memberikan lesen kepada Kuala Lumpur City FC, Kelantan Darul Naim FC dan PDRM FC.

Baca Juga:

Tiga Kelab Liga Super Peroleh Lesen

“FIB sebelum ini telah meluluskan Lesen Kebangsaan kepada Kuala Lumpur City FC, Kelantan Darul Naim FC dan PDRM FC dengan syarat perlu mengemukakan dokumen kewangan tambahan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2025.
Liga Super
KL City
“Pihak FIB mengesahkan bahawa semua dokumentasi kewangan tambahan telah diterima daripada ketiga-tiga kelab berkenaan sebelum tarikh akhir penyerahan itu.
“Setelah meneliti dan menilai dengan teliti dokumen kewangan tambahan yang dikemukakan itu, FIB telah bersetuju untuk memberikan Lesen Kebangsaan penuh kepada ketiga-tiga kelab.
“Turut diberikan Lesen Kebangsaan oleh FIB sebelum ini adalah Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Selangor FC, Penang FC, Kuching City FC, Sabah FC, Terengganu FC, Sri Pahang FC, Negeri Sembilan FC.
Liga Super
Kredit Foto: JOHOR Southern Tigers
“Dua kelab daripada AFL A1 iaitu Melaka FC dan Imigresen FC yang berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan Luar Biasa.