Siapa sangka tiga pemain yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim 2023 kini berada di pentas final Piala Asia 2023 apabila pasukan mereka, Jordan berjaya menewaskan Korea Selatan 2-0 di peringkat separuh akhir semalam.
Mereka akan bertemu sama ada Qatar atau Iran di final yang berlangsung pada 10 Februari ini.
Baca Juga:
- Piala Asia 2023: Jordan Cipta Sejarah Mara Ke Final
- Piala Asia 2023: Gol Sendiri Yazan Alarab Selamatkan Korea, Seri 2-2 Bertemu Jordan
- Piala Asia 2023: Gugup Punca Malaysia Tewas Kepada Jordan
Tiga pemain tersebut ialah Yazan Al Arab dan Noor Rawabdeh yang menyertai Selangor FC serta pemain tengah PDRM FC, Fadi Awad.
✨ 𝐅𝐈𝐍𝐀𝐋𝐈𝐒𝐓𝐒 ✨
🇯🇴 Jordan are set to play for the title for the first time in history!
#AsianCup2023 | #HayyaAsia pic.twitter.com/F4srTvgkd0— #AsianCup2023 (@afcasiancup) February 6, 2024
Berdasarkan rekod, Yazan yang ditamatkan kontrak lebih awal ketika bersama Selangor telah beraksi dalam 5 perlawanan di Piala Asia 2023 selama 90 minit. Tonggak pertahanan Jordan itu turut menjaringkan satu gol ketika menentang Iraq di pusingan 16.
Berdasarkan statistik sofascore, Yazan telah mendapat rating sebanyak 7.20 dan merupakan pemain keempat terbaik dalam skuad Jordan di belakang Musa Al Tamari, Yazan Al Naimat dan Mahmoud Al Mardi.
Manakala Noor Rawabdeh yang beraksi di posisi tengah telah diturunkan dalam 3 perlawanan menentang Malaysia, Tajikistan dan Korea Selatan.
Bagaimanapun, nama beliau tidak disenaraikan dalam baki dua perlawanan terakhir peringkat kumpulan E serta pusingan 16 kerana mengalami kecederaan di bahagian rusuk.
Secara keseluruhan, Rawabdeh telah meraih minit permainan sebanyak 259 dalam saingan Piala Asia 2023 setakat ini.
Berdasarkan prestasi cemerlang ketika menentang Korea Selatan, Rawabdeh berpeluang diturunkan dalam kesebelasan utama pada aksi final di Stadium Lusail nanti.
Fadi Awad pula sering berada di bangku simpanan namun sempat diturunkan dalam tiga perlawanan Piala Asia 2023. Malah, beliau bermain selama 90 minit ketika menentang Bahrain di peringkat kumpulan.
Ketika menentang Korea Selatan dan Tajikistan, Fadi Awad masuk sebagai pemain gantian untuk membantu barisan pertahanan Jordan mengekang kemaraan jentera serangan lawan.
Selain itu, seorang lagi bekas pemain kelab Liga Malaysia iaitu Mahmoud Al Mardi yang pernah menyertai Kedah Darul Aman (KDA FC) pada musim 2022 turut beraksi bersama Jordan.