Tiket bagi perlawanan separuh akhir kejohanan Pestabola Merdeka 2024 antara Malaysia menentang Filipina yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil hanya terjual sebanyak 2000 keping.
Menurut perkongsian SNE Sports, setakat jam 12 tengah hari sebanyak 2000 tiket telah terjual dan jumlah ini nyata jauh dari kapasiti SNBJ yang boleh memuatkan sebanyak 80 Ribu penonton.
Baca Juga:
- Syamer Kutty Abba Hormati Keputusan Peminat Boikot Pestabola Merdeka 2024
- Ramai Penyokong Boikot, Tiket Pestabola Merdeka Tak Laku
- Rugi Akibat Boikot, Starbucks Pecat CEO Kerana Tak Bawa Untung
Boycott Effect?! 🤔🚫🚫🚫#PestabolaMerdeka2024 semi-final between Malaysia vs Philippines at Bukit Jalil National Stadium on 4/9/2024 has sold 2️⃣,0️⃣0️⃣0️⃣ tickets only (latest update on 12 pm)
📷 : Jayden Seah/SNE Sports#MASPHI #Malaysia #SNBJ#SNESports#KelmeMalaysia pic.twitter.com/3JxAmxouYh
— SNEsports (@SNE_Sports) September 4, 2024
Tindakan boikot yang dijalankan oleh sebahagian besar penyokong bola sepak tanah air menjadi punca mengapa kejohanan edisi kali ini tidak mendapat sambutan seperti edisi sebelumnya.
Pemain turut terkesan dengan tindakan boikot ini dimana salah seorang pemain tengah iaitu Syamer Kutty Abba menegaskan penyokong merupakan elemen penting kepada pasukan kebangsaan.
“Kami monghormati jika mereka mahu boikot, ia berada di luar kawalan kami. Apa yang kami boleh kawal ialah prestasi kami di atas padang.
“Kami akan mencuba untuk memberikan sesuatu untuk penyokong kembali percaya dan datang ke stadium, mungkin bukan untuk perlawanan pertama, mungkin datang dalam perlawanan kedua untuk memberikan sokongan.
“Secara peribadi, ia sesuatu yang menyedihkan saya tetapi ia di luar kawalan saya,” kata Syamer Kutty Abba menurut laporan Stadium Astro.
Kejohanan edisi kali ini akan disertai oleh empat pasukan iaitu Malaysia, Filipina, Lebanon dan juara bertahan iaitu Tajikistan.
Malaysia akan bertemu Filipina pada 4 September manakala satu lagi perlawanan akan melibatkan Lebanon bertemu Tajikistan.
Pemenang akan mara ke perlawanan akhir yang dijadualkan pada 8 September . Kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.